Oreo lancar biskut edisi khas rai alien

Oreo lancar biskut edisi khas rai alien

Oreo lancar biskut edisi khas rai alien

NEW YORK – Jenama biskut terkenal, Oreo, memperkenalkan biskut terbaharunya yang diberi nama ‘The Offering’, yang direka sebagai simbol keamanan buat makhluk asing, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Biskut keluaran edisi terhad itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli dan habis dijual di rak-rak jualan dalam tempoh tiga jam selepas dikeluarkan.

Turut disertakan dalam bungkusan biskut itu adalah plastik dipenuhi simbol berwarna biru yang membolehkan pembeli meletak sekeping Oreo pada bahagian tengah dan menjadikannya kelihatan seperti objek tidak dikenali (UFO).

“Kami ingin menyampaikan simbol keamanan dan perpaduan kepada mana-mana hidupan makhluk asing dengan menawarkan biskut nombor satu di Bumi,” ujar jenama tersebut.

Oreo memulakan kempen pemasarannya pada Jumaat lepas dengan memuat naik satu soal selidik di Twitter yang meminta pengguna untuk memilih jenis biskut yang akan dikongsi dengan makhluk asing.

“Adalah merupakan tugas kami untuk memperluaskan tawaran keamanan kepada rakan-rakan makhluk asing kita, namun kami memerlukan bantuan anda semua,” ciapnya di Twitter dengan meletakkan tanda pagar #OREOOffering.

Pelancaran biskut ‘The Offering’ diinspirasikan daripada insiden rakaman video satelit yang memaparkan beberapa kapal tentera laut Amerika Syarikat dikelilingi oleh beberapa objek didakwa sebagai UFO baru-baru ini. – AGENSI

Oreo lancar biskut edisi khas rai alien


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Gambar bedah siasat ‘alien’ dilelong RM4 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker