Rishi Sunak kecam penyokong Palestin

Rishi Sunak kecam penyokong Palestin

LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mengecam beberapa insiden dalam perarakan pro-Palestin di Britain hujung minggu lalu dan menyatakan tidak boleh menerima perbuatan itu selepas polis melakukan beberapa tangkapan.

“Tiada tempat dalam masyarakat kita untuk anti-Semitisme dan kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk menghapuskannya.



“Dan di mana ia berlaku, ia akan ditangani dengan kuasa penuh undang-undang,” kata Sunak ketika lawatan beliau ke sekolah Yahudi di London.

Pasukan Polis Metropolitan London mengesahkan 15 orang telah ditahan pada protes pro-Palestin di tengah-tengah ibu kota Britain pada Ahad.

Tiga daripada mereka didakwa melakukan jenayah, termasuk seorang lelaki berusia 68 tahun yang disyaki membuat komen berbaur perkauman.

Dua lagi didakwa memiliki pisau secara haram dan gagal menanggalkan penutup muka.



“Pihak polis telah membuat beberapa tangkapan tetapi mereka juga kini sedang menyemak rakaman yang tidak boleh diterima, dan mereka akan membuat tangkapan selanjutnya,” kata Sunak.

Sebelum itu, berpuluh ribu penduduk UK berdemonstrasi di London dan bandar-bandar lain di UK untuk menyokong rakyat Palestin pada Sabtu, seminggu selepas pejuang Hamas melancarkan serangan ke atas Israel selepas berjaya menyeberangi sempadan dari Gaza.

Israel mengisytiharkan serangan balas ke atas Hamas dan melancarkan kempen pengeboman tanpa henti ke atas Gaza yang telah memusnahkan kawasan kejiranan dan menyebabkan sekurang-kurangnya 2,750 orang, terutama orang awam maut di wilayah itu.

Kerajaan UK dan polis British berkata pihaknya telah mencatatkan peningkatan kejadian jenayah anti-Semitik dan insiden di Britain.



Sunak memberi jaminan kepada komuniti Yahudi Britain beliau akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan mereka selamat.

Beliau turut memberi amaran memuji Hamas, yang menjadi organisasi pengganas yang dilarang di UK, boleh mengakibatkan hukuman penjara yang panjang. BH

Rishi Sunak kecam penyokong Palestin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker