Muhyiddin dapat perintah baru mahkamah untuk kekang Puad buat hantaran Facebook

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memperoleh perintah mahkamah terbaru bagi menghalang Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi daripada memuat naik hantaran di Facebook.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan perintah injunksi ad-interim (sementara) yang tidak dibantah oleh pasukan perundangan Puad.

Perintah itu berkaitan saman fitnah ke atas Puad berhubung hantaran Facebook berkenaan.



Pada 1 Mac lalu hakim Mohd Firuz Jaffril mengeluarkan perintah injunksi serupa terhadap Puad, yang hanya berkuat kuasa selama 21 hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Perintah larangan hari ini pula berkuat kuasa sehinggalah mahkamah mendengar dan melepaskan dua permohonan undang-undang berasingan berkaitan saman fitnah utama itu.

Yang pertama ialah permohonan Muhyiddin untuk perintah injuksi inter-partes ke atas Puad sementara menunggu pelepasan tindakan saman fitnah utama manakala yang kedua merupakan permohonan Puad untuk mengetepikan perintah larangan ke atasnya.

Mahkamah hari ini menetapkan 24 Mei sebagai tarikh pendengaran untuk kedua-dua permohonan.



Tidak mengaku salah ‘langgar’ SOP, Puad Zarkashi bidas Annuar Musa

Ekoran perintah mahkamah pada 1 Mac lalu, Puad memadam catatan Facebooknya yang merupakan subjek (subject matter) dalam prosiding saman berkenaan.

Urusan perundangan inter-partes adalah apabila kedua-dua pasukan perundangan – untuk plaintif dan defendan – hadir di mahkamah untuk menyampaikan hujahan.



Mohon ganti rugi umum

Ketika ditemui media selepas prosiding itu, peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan, mengesahkan mahkamah mengeluarkan perintah injunksi hari ini.

“Injunksi ex-parte (perintah pada 1 Mac) telah ditukarkan kepada injunksi ad-interim (perintah hari ini) sehingga 24 Mei, jadi dia (Puad) tidak boleh membuat sebarang kenyataan sehingga tarikh berkenaan,” kata Rosli.

Urusan perundangan ex-parte ialah apabila hanya satu pihak sahaja yang hadir memberikan hujahan di mahkamah.



Sementara itu, peguam G Rajasingam mengesahkan bahawa perintah mahkamah hari ini dikeluarkan memandangkan tiada bantahan daripada Puad selaku anak guam mereka.

“Kami tak bantah permohonan ad-interim (daripada pasukan Muhyiddin), jadi perintah itu dikeluarkan dan berkuat kuasa sehingga tarikh itu (24 Mei),” kata Rajasingam yang memberikan kenyataan di sebelah Puad.

Patutnya Muhyiddin faham-fahamlah – Puad Zarkashi



Muhyiddin – yang memfailkan saman atas kapasiti peribadinya – tidak hadir di mahkamah hari ini.

Sebelum itu, dilaporkan Muhyiddin menghantar surat tuntutan kepada Puad berhubung hantaran Facebook yang menuduh pelaksanaan prosedur Covid-19 berat sebelah. Hantaran itu dimuat naik 9 Feb.

Berdasarkan salinan saman fitnah utama itu, Muhyiddin memohon ganti rugi umum, teladan dan teruk daripada Puad.

Dia memohon injunksi bagi menghalang Puad daripada terus menyiar atau mengongsikan hantaran berkenaan.



Muhyiddin memohon perintah mahkamah agar Puad membuat permohonan maaf yang jelas di Facebook rasminya serta agar defendan memastikan permohonan maaf itu disiarkan di portal-portal berita dan media sosial yang telah menerbitkan hantaran yang dipertikaikan itu.

Muhyiddin turut memohon pelepasan kos dan pelepasan lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah. MK

145 ketua bahagian UMNO tolak kerjasama dengan PPBM? Bukan rahsia lagi, kata Puad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker