Tidak mengaku salah ‘langgar’ SOP, Puad Zarkashi bidas Annuar Musa

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi membidas Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa kerana tidak mengaku salah selepas didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Puad berkata, budaya orang yang tidak mahu mengaku salah ialah “budaya mencari alasan”.

“Ada sahaja alasan yang diberi untuk tidak mahu mengaku salah.

“Annuar Musa dituduh melanggar SOP PKP kerana makan semeja bersama enam yang lain sedangkan SOP hanya benarkan dua orang sahaja,” katanya.

Semalam Annuar berdepan satu lagi tuduhan melanggar SOP PKP.

Ini berikutan gambar beliau bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan tular di media sosial.

Biar Annuar terjun dengan labu-labunya, kata Puad Zarkashi

Gambar itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke Program Pertanian Bandar bertarikh semalan digantung di belakang menteri.

Puad berkata, sekali lagi Annuar memberi alasan bahawa beliau cuma “duduk sebentar” sebelum bergegas pergi kerana penganjur tidak mematuhi SOP.

“Kalau sudah tahu tidak ikut SOP kenapa duduk juga di situ walau sebentar. Mana logiknya?” soal Puad.

Puad berkata sebelum ini Annuar ingkar SOP kerana beliau dilihat berjoging lebih dua orang.

Beliau berkata, Annuar memberi alasan kononnya mereka bertiga (dalam gambar tular) datang dari arah berbeza, tetapi bertembung secara tidak sengaja.

“Pandai cari alasan. Soalnya kenapa terus jalan bersama?

“Jangan tambah koyak imej Perikatan Nasional (PN) yang semakin terkoyak,” katanya.

PMO ugut saman Puad Zarkashi kerana kenyataan berhubung pemantauan tiga hari untuk menteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker