Biar Annuar terjun dengan labu-labunya, kata Puad Zarkashi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi menafikan slogan ‘No Anwar, No DAP’ yang selalu disebut-sebut oleh Annuar Musa merupakan punca beliau dipecat sebagai setiausaha agung BN dan MN.

PETALING JAYA: Seorang veteran Umno mendakwa Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa pernah mendesak setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan supaya membuat laporan polis berhubung surat sokongan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri adalah palsu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi juga mempersoalkan tindakan Annuar membuat laporan polis berhubung surat sokongan itu.

“Ramai tidak tahu, Annuar desak Ahmad Maslan selaku setiausaha agung Umno buat laporan polis kononnya surat itu adalah palsu yang sengaja direka oleh Anwar.

“Kenapa mesti buat laporan polis? Kenapa mesti ikut ‘game plan’ Hamzah Zainuddin? Kenapa sekarang dakwa surat itu tulen pula,” katanya di Facebooknya.

Semalam, Annuar mendakwa beliau mempunyai bukti nyata bahawa Zahid memberikan surat sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Anwar sebagai perdana menteri, sekali gus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Takiyuddin sindir Puad Zarkashi

Beliau berkata, surat sokongan yang ditandatangani oleh Zahid bertarikh 11 Okt lepas adalah tulen.

Annuar berkata, beliau mendedahkan kesahihan surat itu kerana tidak bersetuju dengan pendirian Zahid mahupun Umno menyokong Anwar.

Dalam pada itu, Puad menafikan slogan yang selalu disebut-sebut Annuar, iaitu “No Anwar, No DAP” merupakan punca beliau dipecat daripada jawatan setiusaha agung Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (BN).

“Dia dendang sendiri alasan itu supaya dia dilihat hero Melayu yang berprinsip. Sebenarnya meraban.

“Biar Annuar terjun dengan labu labunya. Umno “moving forward”,” katanya.

Selasa lalu, Zahid memecat Annuar dalam mesyuarat dengan ketua bahagian Umno dari seluruh negara.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini dikritik oleh akar umbi Umno yang mendakwa beliau “membawa suara” PPBM dalam BN.

Tamrin keluar notis tuntutan terhadap Zuraida, Puad Zarkashi berhubung projek runding terus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker