Kes serbuan ceramah tanpa tauliah, Ustaz Wadi Annuar bela diri nafi dakwaan JAIPs

Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa beliau tidak pernah dipelawa bagi sebarang permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam negeri seperti dinyatakan dalam laporan media sebelum ini.

Selain itu, Wadi Annuar berkata, beliau juga belum pernah mengadakan sebarang perjumpaan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) seperti didakwa sesetengah pihak.

Katanya, dalam insiden Rabu lalu, pihaknya telah dijemput untuk menghadiri Program Solat Tarawih dan Sembang Santai di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kampung Abi, Padang Machang, di sini, sekitar pukul 9.45 malam.

“Saya dimaklumkan oleh penganjur bahawa program ini bukanlah majlis pengajian agama dan ia hanya program sembang santai bersama masyarakat setempat melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan badan bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya, keadaan terkini ibadat umat Islam di Mekah serta Madinah bersama beberapa kupasan isu semasa.

“Maka, saya menerima jemputan yang diadakan di permis persendirian tersebut dan tidak memerlukan tauliah agama negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, JAIPs akan memanggil Wadi Annuar yang didakwa tidak mendapat tauliah untuk memberi ceramah dalam satu program di Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang, di sini, kelmarin

Selain itu, satu laporan turut dibuat di balai polis Kangar oleh JAIPs selepas anggota penguat kuasanya dihalang oleh penganjur daripada bertemu dengan Wadi Annuar sebelum ini bagi mengambil keterangan berhubung tindakan pendakwah itu memberi ceramah di negeri ini.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata, pendakwah berkenaan bersama penganjur iaitu Lajnah Dakwah dan Perkaderan Pas Kangar dikehendaki hadir bagi memberi keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April depan sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan selepas itu.

Pada 22 Mac lalu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail juga pernah menitahkan agar pihak berkuasa agama dapat memantau dan memastikan agar setiap penceramah di negeri ini mendapatkan tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri.

Mengulas lanjut, Wadi Annuar berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima surat perintah hadir siasatan oleh JAIPs pada 7 April depan.

“Disebabkan kekangan masa dan jadual program yang padat, saya sendiri telah memohon untuk mengubah tarikh hadir siasatan berkenaan pada 17 April dan ia turut diterima oleh pihak berkenaan,” katanya.

Tambahnya, beliau sememangnya sentiasa menjunjung perintah Tuanku Syed Sirajuddin dan tidak pernah mempersendakan titah baginda.

“Semoga dengan kenyataan maklum balas ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker