Undi 18 : Chin Tong kaki fitnah low class – Nicole

Sebaran :


Kami tak takut Undi 18, Chin Tong kaki fitnah paling ‘low class’, kata Pemuda MCA

Pemuda MCA menafikan dakwaan pemimpin DAP yang menuduhnya tidak menyokong pelaksanaan Undi 18.

Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting berkata, tuduhan dilemparkan pemimpin DAP Liew Chin Tong minggu lalu bahawa partinya takut terhadap pengundi muda adalah tidak benar.

“DAP ini memang kaki fitnah, malah bekas timbalan menteri pertahanan Senator Liew Chin Tong merupakan kaki fitnah yang paling ‘low class’ sekali,” kata Wong dalam kenyataan di Facebook hari ini.



“Sebenarnya, pemuda MCA pada 6 Mac, dalam Perhimpunan Agung Pemuda MCA kali ke-56 telah menggesa kerajaan tetap berpegang perkara diputuskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 untuk menguatkuasakan dasar umur layak mengundi 18 tahun.”

Nicole berkata, Pemuda MCA tidak takut akan Undi 18, malah menanti-nantikan saat pelaksanaannya kerana percaya golongan muda akan menolak ahli politik yang hanya asyik memburuk-burukkan nama orang lain.

Pada 6 Mac, Liew dalam kenyataan di Facebooknya berkata, sesebuah parti yang takut kepada pengundi muda tidak ada tempat dalam masyarakat.

Beliau merujuk kepada laporan yang memetik Wong menyifatkan populasi pengundi muda seramai 7.8 juta orang pada pilihan raya akan datang adalah cabaran besar buat MCA. FMT




Sebaran :

Leave a Reply