Dakwa darurat diisytihar sebab kerajaan hilang majoriti adalah berita palsu


Tindakan kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana telah hilang majoriti di di Dewan Rakyat melanggar ordinan darurat berkenaan berita palsu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

“Ia satu kesalahan, bagi saya ia satu kesalahan,” katanya ketika sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah di Putrajaya hari ini.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya jika dakwaan sejumlah pihak yang kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana ia telah hilang majoriti boleh dianggap sebagai berita palsu.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang berkuat kuasa hari ini.



Ordinan itu untuk mengekang “berita tidak benar” berkenaan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat yang membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Takiyuddin dan Saifuddin menegaskan di bawah ordinan ini, tujuan menyebarkan berita palsu mesti dibuktikan terlebih dahulu sebelum tertuduh boleh disabit bersalah.

Saifuddin turut memberi satu lagi contoh berita palsu yang boleh disabitkan, iaitu mendakwa ada individu yang mati selepas menerima vaksin Covid-19. Mk

Peguam bimbang kuasa besar kerajaan menerusi Ordinan Darurat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker