‘Saya sedia lawan ‘Tok Pa’ walaupun sahabat baik’
Biarpun bukan anak tempatan, rekod Mustapa yang sinonim dengan gelaran Tok Pa cemerlang sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu bagi enam penggal berturut-turut sejak 1995, dengan lima kemenangan dan satu kekalahan.
Persoalannya, mampukah Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas mempertahankan Jeli sekali lagi dengan berpaut pada logo Bersatu? Adakah sahabat lama beliau sudi memberi laluan?
Di Kelantan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang ‘membawa lari’ kerusi Jeli daripada UMNO hampir pasti mahu mempertahankan Parlimen itu menggunakan tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Biarpun bukan anak tempatan, rekod Mustapa yang sinonim dengan gelaran Tok Pa cemerlang sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu bagi enam penggal berturut-turut sejak 1995, dengan lima kemenangan dan satu kekalahan.
Persoalannya, mampukah Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas mempertahankan Jeli sekali lagi dengan berpaut pada logo Bersatu? Adakah sahabat lama beliau sudi memberi laluan?
Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZAAIN ZIN dan jurufoto, ZULHANIFA SIDEK, ADUN Kuala Balah yang kini memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Jeli, DATUK ABDUL AZIZ DERASHID mengulas sejauh mana mereka mampu berjiwa besar mengorbankan kerusi tradisi.
Perkembangan terkini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)?
ABDUL AZIZ: Setakat ini, tiga kerusi DUN iaitu Kuala Balah, Bukit Bunga dan Ayer Lanas serta Parlimen Jeli yang dimenangi BN dalam PRU-14 akan dipertahankan UMNO. Kita tidak akan berganjak kerana itu adalah kehendak akar umbi UMNO.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang saya dengar setakat ini sudah buat keputusan, semua kerusi yang UMNO menang, kita akan bertanding.
Benarkah Bersatu mahukan kerusi Jeli dan Tanah Merah?
Kalau parti lain nak, sukarlah. Di Kelantan, kita menang lapan DUN dan lima Parlimen tetapi sekarang tinggal tujuh DUN dan tiga Parlimen. Kita bukannya ada kerusi yang banyak untuk diberikan kepada rakan lain.
Sebenarnya dalam konteks rakan ini, kita tidaklah ‘rakan karib’ sangat kepada Bersatu. Kita lebih banyak bekerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).
Maksudnya, tolak Bersatu dan hanya kerjasama dengan Pas?
Ada juga dalam kalangan kita mahu UMNO lawan di semua 45 DUN, 14 Parlimen di Kelantan. Maksudnya lawan Pas, Bersatu dan sesiapa sahaja. Itu antara cadangan yang MKT sedang fikirkan.
Kita di peringkat akar umbi bersedia untuk lawan semua sekali sebab kita dalam keadaan tidak ada pilihan. Secara politikalnya, untuk survive, kita kena lawan semua kerusi. Tetapi keadaan realitinya tak semudah itu.
Bagi saya, kalau kita semua berlawan tidak ada hal. Kita parti Melayu, semuanya sama ada Bersatu atau Pas atau UMNO, tak ada masalah. Di negeri lain seperti Selangor atau Perak mungkin kena buat percaturan lain.
Kita tunggu keputusan MKT, sama ada nak pakai lump sum atau ikut negeri. Di Kelantan, Terengganu dan Kedah, mungkin akan ada pendekatan lain dan bagi saya secara dasarnya, kita boleh bekerjasama dengan parti mana sekalipun. Bersatu boleh, Pas pun boleh.
Cuma Bersatu, masalahnya dia nak kerusi UMNO. Dia tak ada kerusi. Yang itu kita tak ada rundingan. No negotiation bagi kerusi yang kita menang di Jeli iaitu satu kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN.
Kalau di Tanah Merah, bergantung kepada mereka di sana tetapi saya rasa sama sahaja, kerusi yang kita menang, kita bertanding. UMNO di Tanah Merah pun mungkin sependapat dengan saya.
Mereka akan pertahankan dua kerusi UMNO di sana iaitu Parlimen Tanah Merah dan DUN Gual Ipoh.
UMNO boleh bekerjasama dengan Bersatu kecuali soal kerusi.
Umno, PAS bangkit isu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kalimah ‘Allah’
Mampukah Tok Pa menang atas tiket Bersatu?
Saya rasa bergantung kepada batang tubuh beliau. Secara peribadi, tidak apatah lagi jika bergantung kepada parti. Dia menang sebelum ini kerana UMNO.
Di Jeli, parti yang paling kuat ialah UMNO. Kedua, Pas dan ketiga, Bersatu. Selepas kehadiran beliau dalam Bersatu, kekuatan Bersatu di Jeli tak banyak berubah pun. Malah keputusan PRU-14, semua calon Bersatu hilang deposit. Bagi saya, Bersatu tidak ada peluang.
Di peringkat akar umbi UMNO, 10 peratus terjejas, saya tidak nafikan. Tetapi jawatan kuasa bahagian, ketua-ketua cawangan masih lagi bersama UMNO. Hanya dua, tiga orang pergi ikut Tok Pa. Di tempat saya, tidak ada yang ikut dia.
Pas masih ambil jalan selamat, mahu kerjasama dengan UMNO dan Bersatu. Komen?
Pas memang nak main dua kolam, satu nak masuk kolam Bersatu, satu kolam UMNO. Saya rasa dalam politik kena ada keikhlasan.
Orang boleh mempersoalkan keikhlasan Pas. Dia kata nak bekerjasama dengan UMNO kerana bangsa, kerana agama dan ini sangat bagus.
Tetapi kenapa dia tak boleh kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah)? Bila dalam konteks UMNO dan Bersatu, dia minta kita bekerjasama. Keikhlasan Pas ini jadi tidak begitu jelas.
Kekuatan UMNO di Kelantan terjejas kerana bertelingkah sesama sendiri. Contohnya, Tan Sri Annuar Musa. Benarkah?
Annuar (Ahli Parlimen Ketereh) bagi saya, pengaruh dia hanya di Ketereh. Jangan fikir dia boleh menang kalau dia bertanding atas tiket selain UMNO. Dia tak boleh ambil mudah dan memandang ringan kesetiaan orang UMNO.
Itu yang berlaku kepada Tok Pa. Dia fikir orang akan ikut dia. Sebenarnya tidak. Dia fikir antara yang akan ikut dia termasuklah YB (Yang Berhormat) Mohd. Adhan dan saya. Tetapi kami tak ikut. Saya tetap dengan UMNO kerana saya sedar, saya menang pilihan raya lima, enam kali atas tiket UMNO, bukan kerana diri saya.
Tok Pa telah silap percaturan. Mungkin dia mengejar pangkat, saya tidak tahu. Saya pula tak mahu kejar pangkat sehingga mengatasi prinsip perjuangan.
Orang politik biasanya teruji dalam masa-masa begini dan saya fikir Tok Pa gagal dalam ujian ini.
Jasa Tok Pa besar kepada orang Jeli. Bagaimana?
Populariti dia di Jeli menurunlah. Sebab cara pemergian dia tak gentleman. Kalau dia nak gunakan modal jasanya bawa pembangunan kepada Jeli, itu silap.
Pembangunan hanya dibuat beliau ketika zaman UMNO berkuasa. Zaman Bersatu, dia tidak ada buat apa. Dia dah dua tahun lebih, hampir tiga tahun, apa yang dia buat sebagai Menteri Bersatu?
UMNO memang banyak silap. Saya akui tetapi tentang pembangunan luar bandar, di mana ada orang Melayu, UMNO banyak jasa dan itu amat dihargai orang kampung.
Saya cabar dia bertanding lawan UMNO. Kita boleh terima kekalahan kalau rakyat nak terima dia. Tetapi jangan harap kita nak pikul dia.
Di Jeli, saya lebih kuat daripada Tok Pa walaupun saya bukan menteri. Sebab saya on the ground setiap masa. Saya daripada peguam, kini jadi orang kampung.
Bukan macam dia, hujung minggu saja baru balik. Saya hari-hari ada di Jeli. Saya terima cabaran kalau dia nak bertanding lawan saya, saya akan hadapi.
Tak kisah lawan sahabat baik?
Kami rapat pun atas dasar politik. Tak ada berkawan sangat pun. Dia level menteri, saya level orang kampung sahaja.
Saya nak beritahu, UMNO Jeli sangat bagus dan cukup membanggakan. Saya dapat sokongan yang bagus selepas kami ditinggalkan Tok Pa.
Ramai terkejut. Saya sendiri terkejut. Saya fikir apabila beliau pergi, kami akan berdepan masalah tetapi tidak.
Ini menunjukkan ahli sayang UMNO lebih daripada sayangkan Mustapa. Bukan nak kata saya benci beliau, tidak. Kita di Jeli ini sayangkan UMNO, bukan sayangkan Mustapa.
Saya nak sangat dengar dia kata “YB, kita lawan satu kali. You UMNO, I pula Bersatu.” Kita tengok apa jadi nanti.
Pelantikan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) tidak saksama – Pas
Ahli masih marah kepada pemimpin UMNO lompat parti?
Perasaan itu membara. Bukan soal marah tapi soal kejujuran. Dalam rumah tangga, dalam persahabatan mahupun parti, kena ada kejujuran. You kalah, terus you lari tinggalkan kita tengah malam.
Macam tu tak tahu apa cerita ada.
Saya jadi timbalan yang baik kepada dia selama ini. Segala permasalahan rakyat yang sampai kepada dia, semua saya dah tapis. Hal-hal kecil dan remeh, semua saya uruskan dulu. Dia bukan tahu pun. Kedai kopi pun, dia masuk lima minit kemudian dia lari.
Sekarang lagilah dia tak berani sebab orang gelar dia pok katok (katak). Orang ‘pukul’ dia teruk, sebab itu mana dia berani masuk kampung. Dia pergi masjid, ada orang kampung tak nak salam dengan dia.
Selama ini dia cuba bina imej dan beri gambaran kepada orang atasan bahawa dia masih disayangi. Tidak, pergilah tengok realiti. Dia bagus dalam publisiti sebab ada orang gaji buat untuk dia.
Kalau betul anda bagus, anda bertandinglah atas parti itu tetapi jangan minta UMNO sokong. Anda lari daripada parti dan kutuk kami, kemudian dalam PRU-15, nak kami tolong pula?
Saya juga tidak boleh terima apabila dia curi ahli UMNO bawa lari jadi ahli Bersatu. Sekarang orang miskin nak minta bantuan zink pun kena jadi ahli Bersatu.
Saya fikir sentimen ini berlaku di mana-mana sahaja tempat yang ada wakil rakyatnya lari tinggalkan UMNO dan masuk Bersatu.
Bagaimana kalau parti putuskan mahu kerjasama dan beri laluan kepada Bersatu di Jeli?
Kelantan ini kalau kamu tanya pada ahli UMNO, memang mereka kata tak mahu kerjasama dengan Bersatu. Dari peringkat bawah, tengah, semua tidak mahu tetapi sampai peringkat atas, kita tak tahu.
Kalau parti tiba-tiba putuskan: “YB, UMNO tak akan bertanding kali ini.” Kalau macam itu, saya dengar ramai yang akan bertanding Bebas. Sama ada lawan Tok Pa atau di tempat lain, lawan siapa-siapa sahaja.
Nak kata kita ingkar arahan parti, peduli apa. Pucuk pimpinan kena fikir masa depan parti. Kalau hari ini kita bagi kerusi kepada Bersatu, habislah UMNO. Pilihan raya seterusnya mesti mereka tak lepaskan lagi kerusi yang sudah diberi.
Ketika ini persepsi orang ramai, UMNO berbaik dengan Bersatu tetapi tetap dipinggirkan. Pas berbaik dengan Bersatu pula, jadi lebih rapat, lebih setia dan terima lebih banyak faedah. Yang UMNO ini, sudah macam melukut tepi gantang.
Wallahuaklam. Orang yang kata, saya tidak tahu.
Kalau bukan UMNO, mungkin Pas patut berjiwa besar serah kerusi mereka?
Pernah suatu ketika saya berucap dalam sidang DUN, YB Pas tanya saya, “YB, kerusi Jeli boleh beri kepada Bersatu?” Saya kata, kita tak boleh beri sebab kita tak banyak kerusi. Kenapa Pas yang banyak kerusi tak beri kepada Bersatu? Dia kata tak boleh macam itu.
Pas ini perangai dia, dia punya, dia tak mahu beri orang. Yang orang punya, dia nak. Masalahnya sekarang, nak bagi orang macam mana? Kita pun ada lima sahaja di Kelantan.
Harapan saya kepada pimpinan UMNO
Harapan saya kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi), beliau mampu buat keputusan yang baik untuk bangsa dan agama.
Sangat betul dan tepat bahawa kita perlu bekerjasama dengan Pas, hatta dengan Bersatu sekali pun. Akan tetapi, ada beberapa perkara kita tak boleh terima seperti ambil kerusi UMNO, beri kepada Bersatu.
Banyak lagi kerusi lain yang UMNO kalah, dia boleh bertanding. Takkanlah kita nak beri kawasan yang kita menang. Sudahlah dia lari keluar dan curi kawasan kita.
Dalam hal ini, saya puji dan hormat cara Datuk Seri Ikmal (Hisham Abdul Aziz). Dia keluar parti, dia panggil anak-anak buah beritahu elok-elok. Bukan lari senyap-senyap tengah malam
Jelaskan mengapa tidak respons projek solar agar Sultan Johor tidak murka – Najib
You must be logged in to post a comment.