Pelantikan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) tidak saksama – Pas

SHAH ALAM: Penolakan tawaran pelantikan jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang tidak saksama merupakan faktor Pas menolak tawaran pelantikan jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, perbincangan telah dilakukan dalam Mesyuarat Perhubungan parti itu dan semua wakil memutuskan untuk tidak menerima sebarang lantikan.

“Kita melihat pelantikan dilakukan ini tidak ‘cantik’ kerana penglibatannya tidak saksama. Lantikan yang dibuat sepatutnya saksama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO serta penglibatan Gerakan juga boleh dipertimbangkan, namun apa yang berlaku sebaliknya.

“Sebagai contoh, ketika menjadi exco belia, kita menubuhkan Penggerak Belia Tempatan yang di dalamnya ada semua parti kecuali sekiranya wakil tiada barulah kita berikan kepada yang lain.

“Kita bukan hendak sangat jawatan ini tetapi jika hendak dilantik biarlah saksama. Malah, apabila UMNO yang ditawarkan jawatan mengetahui kita menolaknya, mereka juga mengambil keputusan sama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

PAS-UMNO Selangor Tolak Tawaran Jawatan Penggerak Tempatan, Zuraida Mahu Penjelasan

Ditanya sama ada penolakan tersebut akan memberi kesan kepada kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), Ahmad Yunus memaklumkan perkara itu tidak akan berlaku.

“Ini adalah berkaitan kerajaan dan tidak boleh disamakan dengan kerjasama politik. Malah, di awal penubuhan penggerak ini juga, tiada perbincangan dilakukan sehingga diluluskan dalam belanjawan lalu,” ujarnya.

Semalam, Muafakat Nasional (MN) Selangor menolak tawaran pelantikan jawatan PeKT oleh KPKT baru-baru ini.

MN Selangor dalam kenyataan bersama berkata, Pas negeri menolak jawatan PeKT dengan tidak mencalonkan nama.

Kata kenyataan itu, walaupun telah menghantar nama sebelum ini, UMNO Selangor mengambil keputusan menolak jawatan PeKT ditawarkan sebagai tanda solidariti dan sokongan dengan berpendapat jawatan dalam kerajaan bukan bahan tawar-menawar, sebaliknya lebih kepada untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan kerana politik.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ahmad Yunus dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar

‘Jawatan bukan bahan tawar-menawar’, Umno-PAS Selangor tolak tawaran KPKT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker