Umno, PAS bangkit isu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kalimah ‘Allah’

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) yang berlangsung malam ini, menggesa kerajaan membawa keputusan penghakiman berhubung isu penggunaan kalimah Islam ke Mahkamah Rayuan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan MN, gabungan itu menyatakan keprihatinan amat serius terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah-kalimah Islam oleh orang bukan Islam dalam penerbitan masing-masing.

“Mesyuarat juga menggesa kerajaan Persekutuan untuk mengambil inisiatif menyegerakan pelaksanaan pengharmonian sistem perundangan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan mesyuarat juga bersetuju untuk terus mengukuhkan MN.

Kenyataan media itu diedarkan Setiausaha Agung Umno merangkap Setiausaha Agung MN Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi aplikasi Whatsapp dan laman Twitternya.

MN gesa Putrajaya rayu keputusan bukan Islam dibenar guna kalimah Allah

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Terdahulu mesyuarat MN berkenaan antara Umno dan PAS berlangsung kira-kira tiga jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, antara lain membincangkan agenda pemerkasaan gabungan itu.

Mesyuarat dipengerusikan bersama Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan disertai 12 ahli pimpinan tertinggi masing-masing dari kedua-dua parti.

Mahkamah Tinggi Putuskan Penganut Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah ALLAH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker