Mahkamah Tinggi Putuskan Penganut Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah ALLAH



Sebaran :

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah “Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu untuk mendidik ahli dalam komuniti mereka.

Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Nor Bee Ariffin, selepas membenarkan semakan kehakiman oleh Jill Ireland, yang memohon pengisytiharan bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar.

Selain Allah, perkataan lain yang dibenarkan adalah solat, Kaabah dan Baitullah.



Nor Bee dalam penghakimannya, berkata arahan kerajaan dikeluarkan Bahagian Kawalan Penerbitan dalam Kementerian Dalam Negeri bertarikh 5 Disember 1986 adalah salah di sisi undang-undang dan tidak berperlembagaan.

Nor Bee turut membenarkan deklarasi dalam mengamal kebebasan beragama yang terlindung dalam Perkara 3,8,11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan adalah hak perlembagaan pemohon untuk mengimport penerbitan itu dalam menggunakan hal pemohon untuk mengamal agama sendiri serta hak kepada pelajaran.

 


Sebaran :


Leave a Reply