Rancangan Malaysia Ke-12: Badan pemikir gesa kerajaan beri Parlimen bersidang

PETALING JAYA: Dua badan pemikir menggesa kerajaan membenarkan Parlimen bersidang semula dengan segera supaya Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dapat dibentangkan.

Pusat Pendidikan Pasaran (CME) dan Bait Al Amanah berkata, tiada medium yang jelas atau strategi pembangunan ekonomi jangka panjang bagi Malaysia sejak tamatnya RMK11 dan Wawasan 2020 tahun lalu.

Mereka berkata, hala tuju ekonomi yang jelas pada tahun-tahun terdahulu adalah kunci bagi menonjolkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terkemuka di rantau ini, sementara perencanaan pembangunan adalah pusat untuk membimbing pembuatan dasar.

“Dengan keadaan dan cabaran baharu yang sedang dihadapi Malaysia, terdapat keperluan untuk mengemudi negara ke arah yang betul dengan idea-idea segar dan wawasan baharu.

Carmelo Ferlito

“Secara keseluruhan, kita tidak boleh membiarkan lapan bulan lagi dalam 2021 disia-siakan,” kata mereka dalam kenyataan bersama hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CME Carmelo Ferlito berkata, beberapa langkah penting perlu diambil untuk mendapatkan kembali kepercayaan para pelabur, terutamanya apabila negara-negara jiran serantau seperti Indonesia dan Vietnam sedang bergerak maju.

Sokongan Cina kepada Umno ‘setinggi’ DAP, tak lebih, kata badan pemikir

“Langkah-langkah utama yang perlu diambil termasuk reformasi cukai, satu strategi menarik pelaburan, arahan berkenaan sempadan antarabangsa, dan penyusunan semula pasaran buruh,” kata beliau.

Badan-badan pemikir tersebut berkata, rancangan pembangunan berturut-turut penting dalam membangunkan negara dan melaksanakan reformasi sosio-ekonomi sejak Rancangan Lima Tahun Tanah Melayu diperkenalkan pertama kali pada 1955.

Ujar mereka, ini membantu membasmi kemiskinan tegar, mengembangkan kelas menengah, mempelbagaikan ekonomi, dan membolehkan Malaysia mencapai status negara berpendapatan menengah atas.

Mereka juga berkata pakej rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan seperti PENJANA hanyalah langkah sementara yang bertujuan melindungi pekerjaan dan pendapatan.

Benedict Weeraseena

“Walaupun inisiatif yang bermanfaat dan tepat pada masanya diumumkan, Malaysia masih tidak memiliki naratif ekonomi utama untuk menanamkan keyakinan dalam kalangan perniagaan dan pelabur terhadap hala tuju masa depan negara,” kata ahli ekonomi Bait Al Amanah, Benedict Weeraseena.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan Parlimen boleh bersidang semula dalam tempoh darurat sehingga 1 Ogos, pada tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat perdana menteri.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata, Jemaah Menteri tidak akan menasihati Agong untuk memanggil Parlimen bersidang.

 

Program Vaksinasi Lembab: Dakwaan Najib Disangkal KJ, Najib Beri Lagi Fakta Untuk KJ Teliti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker