Program Vaksinasi Lembab: Dakwaan Najib Disangkal KJ, Najib Beri Lagi Fakta Untuk KJ Teliti

 

Seperti Menteri Sains KJ, harapan saya juga adalah untuk Malaysia mencapai imuniti kelompok dan bebas Covid secepat mungkin dengan kejayaan Pelan Imunisasi negara.

KJ sangkal posting saya semalam bahawa kadar pemberian vaksin negara patut dipercepatkan dengan memberi perbandingan di mana kadar pemberian vaksin Malaysia (12,797 dos sehari) adalah lebih tinggi berbanding Singapura (9,906 sehari).



Namun realitinya ialah jumlah penduduk Malaysia adalah hampir 7 kali ganda saiz Singapura dan mereka telah memulakan pelan vaksinasi mereka lebih awal berbanding Malaysia.

Sebab itu, 6.6% penduduk Singapura telah menerima dos pertama dan 3.8% penduduk menerima dos kedua manakala hanya 0.5% penduduk Malaysia terima dos pertama dan tiada seorang yang menerima dos kedua.

Bagi negara-negara lebih besar, negara jiran Indonesia telah memberi 4,534,798 dos bersamaan dengan 1.3% penduduk terima dos pertama dan 0.4% terima dos pertama.

Pada ketika ini, kadar pemberian Indonesia (228,433 dos sehari) pula lebih tinggi berbanding Malaysia (12,797 dos).



Setakat semalam, negara UK dan negara Amerika Syarikat telah mencapai 33.8% dan 28.22% penduduk diberi dos pertama.

MIC, MCA ingin Tok Mat jadi nakhoda Umno?

Sebab itu, KJ patut terima baik kebimbangan ini bahawa kadar vaksinasi perlu dipercepatkan serta terima kritikan pakar bahawa mungkin tidak dapat mencapai kadar 150,000 dos sehari tanpa penglibatan swasta awam.



KJ juga juga menafikan kerajaan melakukan pusingan U dalam pembabitan klinik serta hospital swasta bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sebaliknya berkata, perkara itu sudah dirancang dan dinyatakan dalam buku panduan pelalian manakala kerajaan juga tidak pernah menghalang sekiranya ada pihak swasta mahu mendapatkan bekalan vaksin daripada mana-mana pengeluar.

Sebenarnya ini tidak ditulis dengan jelas dalam buku panduan tersebut.

Sebab itu, ramai persatuan kesihatan dan pakar perubatan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan sejak vaksinasi bermula untuk menyeru kerajaan melibatkan pihak swasta dalam pelan vaksinasi negara termasuk kenyataan dari Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) semalam yang sekali lagi suruh kerajaan membenarkan pihak swasta untuk mendapat bekalan vaksin.

“Menyambut baik langkah itu, Kuljit, bagaimanapun menggesa kerajaan mempercepat proses itu dengan membenarkan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta mendapatkan vaksin yang diluluskan NPRA mereka sendiri.”



“9 Mac 2021: Vaksinasi bukan pertandingan, biar hospital swasta buat kerja mereka, kata APHM”
https://www.freemalaysiatoday.com/…/vaksinasi-bukan…/

‘Inisiatif Vaksinasi’ perlahan, 10 hari berlalu baru 80,366 Rakyat Disuntik, Jika 2 Dos 16 tahun? – Najib Razak

Jika bukan U-turn, takde lah persatuan itu menyambut baik langkah diumum kerajaan dua hari lalu untuk melibatkan pihak swasta.



Dan jika pihak swasta memang dibenarkan untuk membeli vaksin dari dulu lagi, kenapa pula Timbalan Menteri KJ keluarkan kenyataan 4 hari dahulu bahawa kerajaan perlu memonopoli segala pembelian vaksin sehingga mencapai tahap 80% penduduk divaksinasi?

“The limited global supply of Covid-19 vaccines has made it necessary for the government to monopolise vaccine purchase to ensure the success of the National Covid-19 Immunisation Programme, said Deputy Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Ahmad Amzad Hashim.”
https://www.malaymail.com/…/private-sector-may…/1955484

Sebab itu, kerajaan perlu mengumumkan secara jelas bahawa klinik-klinik swasta seluruh negara dibenarkan untuk memberi vaksin dan pihak swasta dibenarkan untuk membeli vaksin sendiri selagi jenama vaksin tersebut diluluskan kerajaan agar kekeliruan tidak berpanjangan dan persatuan-persatuan serta pakar kesihatan tidak lagi mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk seru kerajaan melibatkan pihak swasta lagi.

KJ juga kata kerajaan tetap dengan sasaran untuk mencapai kadar 160,000 dos sehari apabila Fasa kedua pelan vaksinasi dimulakan.



(Sebelum semalam, KJ kata sasaran ini ialah 150,000 dos tetapi mungkin sasaran telah dinaikkan ke 160,000 dos)

Namun bila kita buat matematik mudah, negara hanya akan mencapai tahap 80% penduduk diberi vaksin dalam tempoh masa setahun lagi JIKA kadar 160,000 dos sehari ini tercapai.

Adakah Malaysia patut tunggu sehingga bulan Mac tahun 2022 untuk mencapai imuniti kelompok supaya sekatan rentas negeri boleh ditarik balik seperti diumumkan KP Kesihatan hari itu?

“26 Feb 2021: ‘Rentas negeri selepas 80 peratus rakyat divaksin'”
https://www.bharian.com.my/…/rentas-negeri-selepas-80…

Najib Terus Dapat Sokongan Kerana Pemurah dan Dasar Mengutamakan Rakyat – Penganalisis Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker