‘Inisiatif Vaksinasi’ perlahan, 10 hari berlalu baru 80,366 Rakyat Disuntik, Jika 2 Dos 16 tahun? – Najib Razak
PKP 2.0 separuh masak berakhir semalam selepas dilaksanakan 52 hari secara berterusan.
Walaupun prestasi PKP 2.0 agak mengecewakan, kesan ekonomi pada Rakyat adalah terlampau besar jika PKP disambung lagi.
Namun, Malaysia masih merupakan negara paling teruk dalam ASEAN dari segi jumlah penduduk – baik dari kes baru setiap hari ataupun dari jumlah kes Covid terkumpul.
Inisiatif vaksinasi negara sudah bermula dan mempercepatkannya perlu menjadi keutamaan sebab ianya masih perlahan dengan 80,366 orang diberi vaksin sejak proses bermula 10 hari lalu.
“4 Mac 2021: Covid-19 vaccination: More than 80,000 people have received their first dose so far”
https://www.thestar.com.my/…/covid-19-vaccination-more…
Ini bersamaan dengan kadar 8,037 orang sehari. Jika kadar ini tidak dinaikkan maka kita akan perlu masa 5,686 hari (16 tahun) untuk memberi vaksin (2 dos) kepada 70% daripada penduduk Malaysia
(Negara jiran Indonesia yang melibatkan pihak swasta dalam pelan vaksinasi telah berjaya memberi vaksin kepada 3,386,351 orang setakat ini)
Jika kadar vaksinasi Malaysia dapat dipercepatkan berkali ganda maka Malaysia tidak perlu lagi untuk melaksanakan PKP bagi tempoh yang berbulan-bulan lamanya.
Kita tumpu pada vaksinasi dan jika kes Covid mula naik semula, kita laksanakan circuit-breaker atau lockdown yang amat ketat tapi singkat bagi tempoh 5 atau 7 hari sahaja dari masa ke semasa selagi kapasiti sistem hospital di bawah tahap kritikal.
Jangan dibuat lagi PKP yang berbulan-bulan lamanya.
FB: Najib Razak