[VIDEO] GERAI DISERANG – SHUK HOT FM DITUDUH SENGAJA BUAT ‘DRAMA’.

“Saya reda jika ada yang kata saya ini penipu dan sengaja buat drama sebab nak viral atau free marketing. Tidak ada yang saya nak komen lagi mengenai insiden tersebut, biarlah apa orang nak kata kerana apa yang saya tahu, saya sedang mencari rezeki yang halal.

“Dari awal lagi saya carang untuk membuat laporan polis. Cuma saya bersyukur kerana pemuda itu sudah pun memohon maaf. Dia berjanji untuk bertemu saya dalam masa terdekat.

“Saya tidak menyimpan dendam dan saya maafkan dia serta bersedia untuk bertemu dengannya,” ujar pelawak dan pengacara, Shuk Sahar yang menafikan dakwaan dia sengaja membuat ‘drama’ berhubung video gerai minuman diserang dan disindir oleh seorang lelaki.

Meskipun menafikan dakwaan tersebut, Shuk yang sering terpalit dengan kontroversi itu mengakui yang dia sedar jika menjelaskan perkara sebenar sekalipun dia tetap akan dituduh penipu.

Dalam pada itu, Shuk berkata pemuda tersebut telah pun memohon maaf kepadanya menerusi DM di laman Instagram dan tampil bersua muka. Dari awal lagi saya carang untuk membuat laporan polis. Cuma saya bersyukur kerana pemuda itu sudah pun memohon maaf.

Shuk ketika dihubungi berkata, dia juga sudah saling bermaafan dengan lelaki terbabit. Katanya, pendekatan bermaaf-maafan itu adalah langkah terbaik dilakukan kedua-dua pihak untuk tidak memanjangkan lagi perkara yang sudah berlaku.

Enggan memanjangkan isu tersebut, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, turut memohon maaf kepada pemuda itu kerana memuat naik video yang dianggap sudah membuka aib pelaku.

“Saya dah jumpa dengan brader ini yang datang masa saya tengah berniaga air… yang terbalik meja itu. Jadi, apa yang kami nak beritahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai. Alhamdulillah, semua sudah selesai dan kita ambil keputusan untuk berdamai saja.

“Malah, saya juga akan menurunkan video yang dimuat naik di media sosial sebelum ini. Kami berdamai pun atas keputusan bersama yang dibuat.

“Sebenarnya saya pun nak minta maaf juga. Saya pergi post video itu, benda itu membuka aib awak sehingga saya tengok ramai yang kecam. Saya ambil keputusan untuk bawa turun video tu. Itu sahaja nak beritahu, kes ini pun sudah selesai,” katanya enggan menjelaskan butiran lelaki itu.

Dalam pada itu, pemuda yang tidak dikenali itu turut memohon maaf kepada Shuk dan Iskandar kerana bertindak sedemikian dan mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap pelawak tersebut.

“Bagi pihak saya… saya ingin minta maaf kepada Shuk dan Is. Saya provok Shuk macam-macam dengan kata-kata yang tidak sepatutnya saya cakap sebagai orang yang dewasa. Saya minta maaf sangat,” jelas individu tersebut.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila Shuk menjadi mangsa sindiran individu tidak dikenali ketika berniaga air di tepi jalan. Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan video tersebut serta ada yang mendakwa Shuk sengaja membuat marketing semata-mata untuk perhatian.

 

“Cepatlah Tukar Nama IG” – Netizen Gesa Shuk Sahar ‘Buang Nama Hot FM’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker