Nabil tak izin Ayda Jebat ikat peranakan

Nabil tak izin Ayda Jebat ikat peranakan

Penyanyi, Ayda Jebat menangis selepas mendengar jawapan daripada suaminya, Nabil Mahir tidak mengizinkan dirinya untuk melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau dikenali sebagai ‘ikat peranakan’.

Menerusi perkongsian seorang individu yang dikongsi semula Ayda dalam Instagram (IG) memberitahu ada mendengar temubual Ayda di sebuah stesen radio.



Malah, pelantun lagu Temberang menangis ketika mendengar jawapan Nabil berkenaan isu ikat peranakan.

“Tengah drive tadi dengar #MorningMorningSuria artis jemputan Ayda Jebat. Cerita tentang Ayda isu mengandung. Mula-mula semua ketawa.

“Ayda cerita dia dah dapat sepasang cahaya mata, czer tapi Nabil Mahir tak bagi Ayda ikat. Semua macam ‘dia nak anak lagi ke?’ Lepas itu, Ayda terdiam.

“Rupanya Ayda menangis. I terus park kereta sama-sama ternangis dengar jawapan Nabil Mahir,” katanya.



Menurut Nabil, dia tiada masalah untuk Ayda berkahwin lagi sekiranya sudah meninggal dunia dan memikirkan suaminya pasti ingin mempunyai zuriat bersama.

“Nanti kalau saya dah tak ada, awak kahwin lain. Mana tahu suami awak nak ada anak dengan awak,” ujar Nabil.

Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan cahaya mata Ana Nayla, 2, dan bakal melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi. Xtra

Nabil tak izin Ayda Jebat ikat peranakan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker