Dua kampus baharu Kolej Profesional MARA dibina tahun ini

Dua kampus baharu Kolej Profesional MARA dibina tahun ini

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) terus memperkasakan sektor pendidikan tingginya dengan pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional MARA (KPM) tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dua kampus baharu itu akan dibina di Beaufort, Sabah dan Kapit di Sarawak.

“Kita merancang untuk membangun serta memperkukuhkan lagi sektor pendidikan dengan membina beberapa lagi institusi pendidikan di kawasan luar bandar yang strategik iaitu pembinaan dua buah kampus baharu Kolej Profesional Mara di Beaufort, Sabah dan sebuah lagi di Kapit, Sarawak.

“MARA akan terus memperkasakan akses kepada pendidikan berkualiti dalam meningkatkan modal insan berkemahiran masa hadapan bermula daripada peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, di kampus induk German-Malaysian Institute (GMI) Bangi hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan kakitangan pengurusan tertinggi kementerian serta agensi KPLB.

Tambah Mahdzir, MARA turut akan membina tujuh buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini yang akan melibatkan penambahan pengambilan pelajar seramai 4,350 orang.

“Antara kawasan pembinaan MRSM baharu itu adalah di Ranau, Sabah, Bintulu dan Lawas, di Sarawak, Ketereh dan Tanah Merah, di Kelantan serta Dungun di Terengganu.

Selain itu jelas Mahdzir, MARA juga akan membina dua buah Pusat GIATMARA di Limbang dan Batang Lupar di Sarawak.

Dalam ucapannya juga Mahdzir berkata, MARA akan terus memperkasakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, TVET.

“Program TVET MARA akan ditambah baik berdasarkan permintaan industri dan set kemahiran baharu yang menitikberatkan tiga aspek utama iaitu penyelesaian masalah kompleks, reka bentuk dan pengatucaraan teknologi. E9

Dua kampus baharu Kolej Profesional MARA dibina tahun ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker