“SAYA BUKAN SYAITAN , DAN JUGA BUKAN MALAIKAT” – DA’I SYED

“Saya manusia,  sifat-sifat manusia iaitu tak boleh lari daripada rasa down, sedih, marah atau serabut. Saya tidak dilahirkan sebagai syaitan atau malaikat.” Da’i Syed berkata.

“Tapi saya sentiasa untuk positifkan diri sebab tahu kat luar sana ramai yang diuji, kita semua ada ujian masing-masing. Sebagai orang yang diuji saya nak beritahu saya mampu bangkit dan anda juga perlu bangkit macam saya,” kata pendakwah selebriti dan penyanyi Da’i Syed lagi.

Terdahulu, Syed didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Namun, Syed dibebaskan dengan bayaran ikat jamin RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya pada 15 Disember tahun lalu. Sebutan kes di Mahkamah Shah Alam pada 16 Mac dan di Mahkamah Petaling Jaya pada 19 Mac ini.

[VIDEO] LAGU ‘YA HABIB’- DA’I SYED CIPTA MENDAPAT ILHAM SEMASA DI DALAM TAHANAN.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker