Penyokong UMNO/BN terus fokus kepada agenda perjuangan

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum, Salam sejahtera, Selamat pagi kepada seluruh sahabat handai alam maya saya. Semoga kita sentiasa dalam limpahan Rahmat Allah SWT dan Syafaat Rasulullah SAW sentiasa hendaknya.

Beberapa hari lalu saya seru seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN ‘all out’ gunakan media sosial.

Tentera siber marah. Serang akaun Facebook saya. Memperlekeh dan memutarbelitkan gesaan saya.

Mungkin sebab makan cili rasa pedas atau mungkin juga kerana arahan. Wallahualam..

Tetapi apa maksudnya di sini tuan-puan para jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN sekalian?

Ini bermaksud mereka kalut dengan seruan itu. Mereka resah semboyan bersahut.

‘Kluster Fitnah’ bimbang rakyat tahu akan kebenaran – akan tahu pernah diperdayakan bos mereka.

‘Kluster Kuasa’ khuatir bos hilang kedudukan apabila rakyat menyedari UMNO/BN jua yang terbaik untuk mereka.

‘Kluster Cari Makan’ takut UMNO/BN bangkit kuat bos hilang jawatan maka mereka apa pun tak boleh.

Kepada yang memberi nasihat dan cadangan kita ucapkan ribuan terima kasih.

Justeru saya pinta tuan-puan jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN terus fokus kepada agenda perjuangan parti.

Iltizam kita untuk memperkasakan semula parti dengan hati penuh tulus ikhlas demi rakyat dan negara.

InsyaAllah platform media sosial akan dapat membantu usaha murni tuan-puan semua.

Abaikan ‘reverse psychology’ tentera siber. Kita belum terlambat dalam penggunaan media sosial seperti yang mereka dakwa.

“It is never too late”. PRU14 kita jadikan sempadan. PRU15 objektif destinasi kejayaan kita bersama.

Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO/Pengerusi BN Malaysia

Kali ini kita all out, kata Ahmad Zahid

Kali ini kita all out, kata Ahmad Zahid

Kali ini kita all out, kata Ahmad Zahid

Kali ini kita all out, kata Ahmad Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker