Jelaskan mengapa tidak respons projek solar agar Sultan Johor tidak murka – Najib


KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menjelaskan mengapa tiada maklum balas atau kelulusan berhubung projek tenaga solar yang diumumkan oleh Sultan Johor pada minggu lalu.

”Kerajaan PN (Perikatan Nasional) perlu menjelaskan secara umum kenapa tidak memberi maklum balas atau kelulusan bagi projek ini agar DYMM Sultan Johor tidak murka dan rakyat Johor tidak rasa dipinggirkan kerajaan pusat,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau membuat kenyataan itu selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membatalkan majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada 23 Mac ini selepas tiada maklum balas daripada kerajaan berhubung cadangan projek tersebut.

Menurut bekas perdana menteri itu: “Tiada sebab kenapa projek di Pengerang ini tidak diluluskan sekiranya projek ini menggunakan dana swasta dan dibina di atas tanah swasta atau kerajaan negeri”.



Projek tenaga solar dengan kapasiti 450 megawatt bernilai RM1.4 bilion di Pengerang itu diumumkan oleh baginda pada 1 Mac lalu.

Bagaimanapun, semalam Sultan Ibrahim bertitah majlis pecah tanah itu telah dibatalkan kerana kerajaan gagal memberi maklum balas.

Ia adalah projek pelaburan swasta berskala besar yang pertama diperolehi oleh Negeri Johor bagi tahun 2021 atas usaha Sultan Johor yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri Johor.

Projek itu juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.



Ia akan turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.

“Saya nampak tidak ada alasan mengapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh berikan peluang kepada Negeri Johor untuk menjadi pengeluar tenaga elektrik yang mesra alam ini, kita ada kawasan tanah yang sesuai, pembangunan yang pesat di negeri ini dan permintaan daripada negara jiran, menjadikan Johor sebagai lokasi yang paling strategik” titah baginda. MG

Kerajaan Persekutuan Membisu, Hasrat Sultan Ibrahim Mahu Johor Jadi Pengeluar Utama Tenaga Mesra Alam Tergendala



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker