Kerajaan Persekutuan Membisu, Hasrat Sultan Ibrahim Mahu Johor Jadi Pengeluar Utama Tenaga Mesra Alam Tergendala

Sebaran :

 

CADANGAN MAJLIS PECAH TANAH PROJEK TAMAN SOLAR SULTAN IBRAHIM DIBATALKAN

Cadangan Majlis Pecah Tanah Projek Taman Solar Sultan Ibrahim di Pengerang, Johor yang dijadualkan pada 23 Mac ini dengan keberangkatan DYMM Sultan Johor dibatalkan.

Majlis pecah tanah projek berkenaan terpaksa dibatalkan kerana sehingga kini Kerajaan Persekutuan belum memberikan sebarang maklum balas berkaitan cadangan projek tersebut.

DYMM Sultan Johor sebelum ini, bertitah mengumumkan Johor akan menjadi pengeluar utama tenaga mesra alam, dengan pembukaan taman tenaga solar di Pengerang.



“Taman Solar Sultan Ibrahim”, projek bernilai RM1.4 billion itu akan menjadi yang terbesar seumpamanya, di Asia Tenggara dengan berkapasiti 450MW (megawatt).

Ia adalah projek pelaburan swasta berskala besar yang pertama diperolehi oleh Negeri Johor bagi tahun 2021 atas usaha Baginda Tuanku Sultan yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri Johor.

Projek itu juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.

Ia akan turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi Negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.



“Saya nampak tidak ada alasan mengapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh berikan peluang kepada Negeri Johor untuk menjadi pengeluar tenaga elektrik yang mesra alam ini, kita ada kawasan tanah yang sesuai, pembangunan yang pesat di negeri ini dan permintaan daripada negara jiran, menjadikan Johor sebagai lokasi yang paling strategik” titah Baginda Tuanku Sultan.

~~~~~
GROUND BREAKING CEREMONY FOR SULTAN IBRAHIM SOLAR PARK CANCELLED

The official ground-breaking ceremony for the Sultan Ibrahim Solar Park project in Pengerang, which was initially scheduled to be officiated by HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar on 23rd March, has been cancelled.

The decision was made as the Federal Government has yet to give any response with regards to the proposed project.



His Majesty had last week announced that Johor will become a leading producer of renewable clean energy with the commissioning of the power plant by 2023.

The RM1.4 billion development is Johor’s first foray into large-scale sustainable energy production with a combined installed capacity of 450MW (megawatts) – the biggest in Southeast Asia.

It is also Johor’s first major private investment in 2021 and is the result of HM Sultan Ibrahim’s continued efforts to draw investment and development to boost the socio-economic wellbeing of the people in the state.

The project is also in line with the 2030 Johor Sustainable Development Plan which places major emphasis on environmental preservation and protection as part of the state’s economic development plan for a more prosperous society.

It will also have a positive economic spillover effect for the state, with job creation at various levels, as the solar park will be the region’s largest solar energy storage system when fully operational.

“I don’t see any reason why the Federal Government would not be willing to give Johor a chance to be an eco-friendly producer of electricity. We have a suitable plot for the project, robust growth and development, as well as a healthy demand from our neighbour, which makes Johor a most strategic location,” said His Majesty.

#sultanjohor
#johor
#royalpressoffice


Sebaran :

Leave a Reply