Semua kerusi tradisi UMNO di Perak akan dipertahankan dalam pada PRU15 – MB Perak

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata kolaborasi sihat dan matang tanpa pertelingkahan itu perlu jika ingin mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat, bukannya saling bercakaran antara satu sama lain.

UMNO Perak akan mempertahankan kerusi-kerusi tradisi milik UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sambil mengharapkan gandingan dari parti lain seperti PAS untuk sama-sama diangkat sebagai sebuah kerajaan negeri yang stabil.

“Kita alu-alukan mereka yang ingin bekerjasama dan berkolabarasi dalam PRU. Untuk menang bersama-sama, kena ada keikhlasan, bukannya membunuh satu sama lain atau berkelahi. Jangan pula tubuh cawangan baharu dan curi ahli UMNO. Saya tahu apa yang berlaku di beberapa tempat.

UMNO Pagoh Teguh Pendirian, Tentang Muhyiddin Dalam PRU-15

“Yang ingin berkolaborasi, janganlah curi ahli dan jangan bertanding di tempat tradisi UMNO. Jangan runtuhkan, robek dan rosakkan apa yang UMNO sudah bina. Ini mesej jelas dari UMNO Perak,” kata Menteri Besar Perak itu selepas melancarkan program sanitasi COVID19 di Masjid Al Nur Lawin, di sini kira-kira 60 km dari bandar raya Ipoh.

Turut hadir Ahli Parlimen Lenggong yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Tolak Bersatu Datang Dari Akar Umbi, Lebih 100 UMNO Bahagian Senada – Tok Mat Hasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker