3 Hari Suhu Maksimum 37°C Direkodkan, 7 Kawasan di Semenanjung Memasuki Tahap Kuning

KUALA LUMPUR: Tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Lokasi itu ialah Chuping, Perlis; Kota Setar, Kedah; Kuala Kangsar, Perak; Sepang, Selangor; Alor Gajah, Melaka serta Tangkak dan Batu Pahat di Johor.

Sementara itu, tiada gelombang haba dikesan di Sabah dan Sarawak dan semua kawasan di dua negeri itu merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.



Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Status tahap jingga atau “heatwave” pula adalah apabila suhu maksimum harian dicatatkan sebagai 38 hingga 40 darjah Celsius dan tahap merah (kecemasan) untuk suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Hampir kesemua masjid dan surau di Kuala Lumpur berstatus zon merah



Dalam pada itu, setakat 12 tengah hari ini, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kebanyakan kawasan di Semenanjung berada di paras sederhana dengan daerah Rompin, Pahang mencatat bacaan tertinggi iaitu 92, manakala IPU di rata-rata lokasi di Sabah dan Sarawak pula pada paras baik.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan bulan ini, dengan taburan hujan agak rendah di Semenanjung, terutamanya di negeri-negeri utara.

Bagaimanapun, jabatan itu tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku tahun ini.



Musa pesan Ayob Khan hati-hati dengan musuh dari dalam dan luar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker