Hampir kesemua masjid dan surau di Kuala Lumpur berstatus zon merah

PUTRAJAYA – Hampir kebanyakan masjid dan surau di Kuala Lumpur berstatus zon merah berdasarkan senarai terbaharu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, hari ini.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kenyataan akhbar hari ini berkata,
senarai itu berkuat kuasa bagi tempoh 30 Disember hingga 5 Januari ini.

Menurutnya, menerusi senarai sama, Masjid Negara, Kuala Lumpur buat pertama kalinya diletakkan bawah status zon merah bagi tempoh yang sama.

“Jumlah masjid yang diletakkan di bawah status zon merah di Kuala Lumpur meningkat kepada 56 buah berbanding 36 buah pada minggu sebelumnya.

“Selain itu, jumlah surau dan surau Jumaat berstatus zon merah di Kuala Lumpur juga meningkat kepada 163 buah berbanding 88 buah pada minggu sebelumnya.

“Selain itu, hanya tujuh buah masjid di Kuala Lumpur diletakkan bawah zon kuning dan lapan buah berstatus zon jingga.

“Sebanyak 13 surau Jumaat dan surau Jumaat dengan kebenaran khas di Kuala Lumpur diletakkan dalam status kuning manakala, 15 buah dalam kategori zon jingga,” katanya.

Katanya, lima buah masjid dan enam buah surau di Labuan diletakkan di bawah zon merah iaitu meningkat berbanding minggu sebelumnya.

Sementara itu, Jawi turut memaklumkan, tiada status zon merah ditetapkan bagi masjid dan surau di Putrajaya dan sebuah masjid dikategorikan zon kuning manakala, lima buah surau Jumaat di bawah kategori hijau dan 35 buah yang lain kategori kuning.

“Bagi masjid-masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula, Masjid Negara, Kuala Lumpur dikategorikan zon merah manakala, Masjid Putra (zon kuning) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya pula zon hijau,” katanya.

Status zon masjid dan surau itu penting sebagai panduan kepada jemaah untuk aktiviti solat fardu, solat Jumaat dan majlis akad nikah.

Senarai penuh status masjid dan surau berdasarkan zon hijau, jingga, kuning dan merah itu boleh disemak menerusi laman rasmi Facebook Jawi. – K! ONLINE

Individu dari zon merah perlu buat saringan Covid-19 jika ingin masuk Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker