Mengapa tak ternak khinzir di kawasan pemakan babi? – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Lama tinggal di negara Islam, ultra kiasu tak faham sensitiviti Melayu

SAYA berasa hairan kerana boleh dikatakan saban minggu kita disajikan dengan berita dan pencemaran najis babi, yang memberi kesan kepada air (sungai), udara (bau), manusia (ketidakselesaan) dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, penternakan babi telah memberi kesan yang sangat tidak baik terhadap alam sekitar dan manusia.

Namun, apa yang paling pelik dan menghairankan, mengapa tiada tindakan dan aktiviti itu terus dibiarkan berleluasa?

Rintihan dan aduan bukan perkara baharu, malah ia telah dilakukan sekian lama di setiap negeri, terutamanya Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan sebagainya.



Bagi Kampung Air Melintas Kecil, Tasek Gelugor di Pulau Pinang, isu pencemaran najis babi di Sungai Kereh akibat longgokan najis babi yang mengalir dari ladang di Kampung Selamat yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari sini, sejak tahun 1980 hingga kini, bukan isu baharu tetapi telah bertapak lama.

Negeri ini diperintah oleh ultra kiasu. Mengapa jadikan orang yang tidak makan babi sebagai mangsa apabila menternak haiwan itu berdekatan dengan kampung dan sungai mereka?

Mengapa perkara ini tiada sebarang tindakan dan penguatkuasaaan undang-undang, malah terus berleluasa?

Seperti harapan penduduk di sana dan negeri lain, sudah tiba masanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut, yang berkemungkinan melibatkan faktor “orang dalaman”.



Pencemaran Sungai Kereh telah berlaku sejak 40 tahun lalu, berpunca dari ladang babi dan bahan kimia kilang.

Menurut penduduk di sana, keadaan menjadi semakin serius ketika musim kemarau, di mana mereka terpaksa menghidu bau yang kuat hasil campuran najis babi dan bahan kimia dari kilang.

Penceraman najis babi ini turut memberi kesan kepada sawah padi, disebabkan air sungai yang tercemar itu turut memusnahkan hasil tanaman padi.

Petani mengalami kerugian ribuan ringgit malah, terdapat penduduk mengalami penyakit kulit, gatal-gatal akibat daripada ternakan babi-babi ini.



Babi adalah makhluk Allah SWT dan tidak bersalah. Penternak babi yang bersalah dalam perkara ini dan tindakan mesti diambil.

Untuk makluman, sebelum penternakan babi ketika Sungai Kereh belum tercemar pada awal 1970-an, sungai itu adalah lubuk rezeki penduduk setempat kerana terdapat banyak udang galah.

Kini, aktiviti menangkap dan menjual udang galah tidak lagi dapat dilakukan. Inilah angkara perbuatan penternak babi.

Kedua, semua pihak mesti bersatu hati mengambil tindakan. Ini termasuk campur tangan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air, Kementeri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Kesihatan, Pejabat Tanah dan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Veterinar dan sebagainya.



Begitu banyak agensi kerajaan terlibat, kenapa masih tidak dapat diselesaikan?

Paling kurang pun, pindahkan ladang ternak babi ke kawasan pemakan babi.

Pemakan babi tidak ramai, termasuk sebahagian orang Cina yang tidak makan babi, tetapi babi terlalu banyak diternak.

Siapa lagi yang makan, kalau bukan untuk tujuan eksport? TIdakkah kita berasa malu, sebuah negara Islam menjadi pengeksport babi, bukannya kambing dan lembu?



Ketiga, kajian rapi hendaklah dibuat dengan mencari punca penternakan babi kerap dilakukan di kawasan majoriti Melayu. Begitu juga dengan kubur-kubur mereka seperti di Semenyih. Mengapa tidak di kawasan ‘mereka’?

Malah, cari sebab mengapa sebuah negara Islam perlu menternak menjadi begitu banyak babi, berbanding lembu dan kambing.

Bukan tidak boleh ternak, tetapi berpada-pada dan mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) yang telah ditetapkan.

Keempat, setelah sekian lama tinggal dalam negara Islam, mengapa ultra kiasu tidak pernah cuba memahami sensitiviti orang Melayu (Islam) mengenai babi.



Begitu juga dengan filem bertajuk babi. Bukan soal filem yang menjadi masalah sangat, tetapi, perkataan babi dan gambaran babi.

Orang Melayu usahkan babi, melihat babi pun, kalau boleh dia cuba memaling atau menjauhkan diri.

Memanglah persepsi ini salah. Tidak ada salah dengan babi, kerana babi adalah juga makhluk Allah, tetapi itulah cara nak mengenali dan memahami orang Melayu. Tengok lori babi lalu pun mereka tidak suka atau tidak selesa.

Saya tidak percaya ultra kiasu tidak faham soal ini. Tetapi sengaja untuk menguji. Kesabaran orang Melayu ada had.

Jika ultra kiasu terlalu obses dengan babi, peluk ciumlah babi itu setiap hari berdekatan dengan rumah. Mengapa orang Melayu mesti berhadapan dengan semua masalah ini?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Related Articles

One Comment

  1. salam. benda tak boleh nak dibaiki lagi, dah. tukar lah penguasa kat putrajaya sekali pun. selagi sistem, dasar dan polisi terus memelihara kepentingan ‘mereka’, baik side kanan mahupon side kiri telor ular tue, tetap akan memayongi ‘mereka’. sebab, undi ‘mereka’ adalah nyawa kepada side kanan mahupon side kiri. satu malaysia tahu sangat. survive side kanan dan side kiri sangat bergantong pada dana ‘mereka’. bukan ratusan ribu yang didambakan. tapi ribuan juta!! so, mesti nak kena ader GIVE ‘n TAKE ler. ‘mereka’tak ndak najis menatang tue. cuma ‘mereka’ mahu wang daripada menatang tue. sebab orang awam berjuta-juta suka makan daging menatang tue. termasok lah ‘mereka’. makan sedap, hasil pon sedap. tapi najis menatang tue, ‘mereka’ tak mahu buang dalam kawasan ‘mereka’. kotor… busuk dan jijik. apa salahnyer najis menatang tue, dibuang ajer dalam kawasan orang sebelah sana. yang penting, ‘mereka’ mahu yang sedap yang wangi. yang tak sedap yang busuk…bagi kat orang sana, ler. orang sana lemah dan mudah disuap. bising pun, sehari dua jer. itu lah kualiti penguasa, para penguatkuasa dan orang awam kita. meLAYU…. ISLAM?? ntah ler… jazakaLlahu khair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker