Jom Semak! 6 Aplikasi Penyimpanan Foto Selain ‘Google Photos’

Penyimpanan tanpa had yang disediakan oleh Google Photos akan berakhir pada Jun 2021. Hal ini bermaksud, semua foto yang dimuat naik oleh pengguna bakal dikira sebagai sebahagian daripada penyimpanan percuma Google Drive yang mana hanya 15GB.

Pengguna hanya mempunyai masa beberapa bulan sahaja untuk menikmati servis penyimpanan foto secara percuma dari Google. Namun, pengguna tidak perlu merasa bimbang kerana masih mempunyai pelbagai aplikasi lain selain Google Photos yang menawarkan penyimpanan foto secara percuma. Stay tune guys!

1.Amazon Photos

Bagi yang ingin mencari aplikasi penyimpanan foto tanpa had, Amazon Photos adalah antara aplikasi yang boleh anda gunakan. Selain foto, pengguna juga boleh menyimpan video dan fail lain dalam cloud-based storage, tetapi ia terhad kepada 5GB sahaja untuk versi percuma.

Seperti Google Photos, Amazon Photos juga membenarkan pengguna untuk menyimpan foto pada kualiti original dan secara automatik akan sync foto tersebut, yang mana boleh dikongsi dengan ahli lain yang mendaftar dengan pakej langganan yang sama.

 

2.Dropbox

Dropbox merupakan salah satu aplikasi popular untuk servis penyimpanan, yang mana boleh digunakan seperti Google Photos. Pengguna boleh synchronize kesemua foto pada telefon pintar secara automatik.

Dropbox juga merupakan salah satu daripada beberapa servis penyimpanan yang mempunyai intergasi paling lengkap dengan third-party services. Walaubagaimanapun, versi percuma servis ini adalah terhad kerana pengguna hanya dapat 2GB dan kos untuk menambah kapasiti lebih mahal daripada yang lain. Namun begitu, ia menawarkan keselamatan yang baik dan ciri penuh.

3.OneDrive

OneDrive adalah servis penyimpanan yang sering dipilih untuk bisnes ( kerana integrasi dengan aplikasi Office), tetapi ia juga dapat digunakan sebagai pengganti kepada Google Photos. Pengguna dapat memuat turun aplikasi pada telefon pintar dan OneDrive secara automatik akan sync foto yang ada pada cloud.

OneDrive juga mempunyai galeri dengan ciri tag untuk memudahkan mencari gambar. Sama seperti Dropbox, ianya terhad dalam versi percuma yang hanya memberi 5GB sahaja kepada pengguna.

4.Mega

Mega adalah storage services yang mempunyai fungsi sama seperti Dropbox, Google Drive, dan OneDrive. Apa yang beza mengenai aplikasi ini, Mega menawarkan lebih banyak penyimpanan percuma iaitu 50GB. Sekiranya 50 GB masih tidak mencukupi, terdapat pilihan untuk pengguna meningkatkan kapasiti sehingga 2TB.Mega sendiri mempunyai UI yang bersih dan mudah dilayari. Aplikasi ini tersedia di platform mudah alih seperti Android.

5.Flickr

Flickr adalah photo storage services yang menyasarkan jurugambar profesional atau jurugambar amatur yang ingin mencari tempat untuk menyimpan dan berkongsi foto berkualiti tinggi dan kini boleh digunakan oleh pengguna biasa. Flickr menyediakan ciri auto-syncing atau individual uploads bagi mereka yang hanya ingin menyimpan beberapa foto. Versi percuma aplikasi ini menawarkan penyimpanan sehingga 1 TB, tetapi kini lebih terhad dengan pengguna yang hanya dapat menyimpan 1,000 foto.

6. iCloud

Bagi pengguna iPhone yang ingin mencari alternatif Google Photos, tiada lagi yang terbaik seperti iCloud. Pada dasarnya, ia adalah Google Drive bagi pengguna Apple yang mana mempunyai photo storage services yang dikenali sebagai iCloud Photos.

Sama seperti Google Photos, iCloud juga menyimpan foto dengan selamat untuk diakses hampir pada semua peranti. Pengguna percuma akan mendapat storage sebanyak 5GB, tetapi ia mempunyai pilihan untuk menambahkan kapasiti sehingga 2TB.  Malangnya, iCloud hanya dapat diakses pada peranti Apple kerana tiada sokongan rasmi untuk Android-Murai

38 negeri AS kemuka saman antipersaingan terhadap Google

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker