Mat Sabu Pesan Walau Apa Pun Pilihan Politik Yang Akan Dibuat, AMANAH Perlu Survive!

Share

 

Nampaknya dalam kepala Presiden AMANAH ada banyak computation mengenai apa yang boleh berlaku dalam politik Malaysia pada masa akan datang.

Jelas disebut oleh beliau dalam Konvensyen AMANAH bahawa akan berlaku perkara-perkara yang pelik dalam politik Malaysia pada masa akan datang.

Dan, berdasarkan arahan beliau kepada Pengarah Strategi AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, tidak mustahil AMANAH akan buat keputusan pelik.

Beringatlah ya kawan-kawan AMANAH sebab ini tidak mustahil akan berlaku kerana kata hikmatnya ialah “ke arah mana pun AMANAH mesti survive”.

 

 

ARAHAN PRESIDEN AMANAH KEPADA PENGARAH STRATEGINYA

“Saya ingat dalam masa beberapa bulan ini, Pengarah Strategi, Datuk Dzulkefly Ahmad, tak boleh tidur malam. Dia kena pelan strategi, apa ramalan-ramalan yang akan datang, kalau dia mendatang bagaimana nak selesaikan segera dan yang pentingnya mesti meletakkan survival AMANAH.”

“Perkembangan politik mendatang ini dia akan berlaku perkara-perkara yang pelik. Misalnya kita tidak menyangka berlaku peristiwa di Perak di mana DAP, AMANAH dan KeADILan mengundi bersama UMNO menjatuhkan Menteri Besar daripada BERSATU yang lari daripada Pakatan Harapan.

Jadi kadang kala itu kita, orang kata, tak dan kita nak balas rakan mereka balas. Mereka perjatuh kita, Pakatan Harapan, kemudian rakan dia perjatuh dia pula.”

“Jadi politik ini berubah, dan kalau dia berubah di peringkat federal nya, bagaimana? Jadi Dr Dzul jangan tidur malam, you must think, bincang dengan kawan rakan. Yang penting, saya kata, ke arah mana pun AMANAH mesti survive.”

Dr. Kamarul Yusoff

 

Amanah tidak tahu Shafie calon PM, Mahathir tipukah?

Leave a Reply