BR ProNiaga, BRKOP Lestari untuk usahawan profesional – Noh

BR ProNiaga, BRKOP Lestari untuk usahawan profesional – Noh

TANJONG KARANG – Bank Rakyat hari ini memperkenalkan dua skim pembiayaan baharu merangkumi BR ProNiaga dan BRKOP Lestari khusus untuk golongan usahawan profesional.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, bagi tujuan itu Bank Rakyat memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi skim BR ProNiaga.



“Skim ini untuk membantu golongan profesional yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan kini menceburi perniagaan sebagai usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang merasmikan Bank Rakyat Cawangan Tanjong Karang.

Tambahnya, pembiayaan baharu itu menawarkan pinjaman perniagaan bermula RM10,000 hingga RM50,000 dan boleh mencecah RM100,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 66 bulan.

“Mana-mana usahawan profesional yang berminat boleh memohon pembiayaan ini di cawangan Bank Rakyat terdekat,” katanya.



Selain itu, Bank Rakyat juga memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta bagi skim pembiayaan baharu BR KOP Lestari.

“Skim ini bagi membantu melestarikan perniagaan koperasi dari sektor pendidikan dan masjid seperti koperasi sekolah, institusi pendidikan tinggi (IPT) serta koperasi guru yang berdepan pelbagai kekangan untuk meneruskan perniagaan dalam fasa endemik.

“Inisiatif ini bertepatan dengan komitmen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk membantu golongan usahawan meliputi pelbagai sektor dan industri yang terjejas untuk bangkit semula,” katanya lagi. MG

BR ProNiaga, BRKOP Lestari untuk usahawan profesional – Noh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker