Kes kematian tahanan lokap, Mahkamah putuskan tidak memihak kepada polis dan kerajaan

PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Rayuan tidak memihak kepada polis dan kerajaan berhubung kecuaian dalam kes kematian seorang ahli perniagaan yang ditahan di lokap sebuah balai polis di Shah Alam, lima tahun lalu.

Sidang tiga hakim yang dipengerusikan oleh Lee Swee Seng memutuskan bahawa balu dan bapa mertua mendiang berjaya membuktikan kes mereka dengan sewajarnya.

“Kami mendapati Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana tidak menimbang fakta yang didapati oleh mahkamah koroner,” kata Lee



Namun sidang hakim mengesahkan dapatan mahkamah bawahan bahawa tiada kesalahan misfeasans dalam jawatan awam berlaku.

Mahkamah berkata pemberian ganti rugi teruk adalah wajar memandangkan si mati, S Thanabalan, tidak dapat rawatan segera; di samping beliau ditahan dalam lokap yang keadaannya amat buruk.

Lee antara lain berkata defendan cuai kerana tidak menghantar Thanabalan ke hospital dengan segera, dan tidak boleh terima alasan kurang kakitangan untuk menghantar mendiang.

Beliau turut merujuk laporan bedah siasat yang mendapati punca kematian Thanabalan adalah kerana leptospirosis, dan keterangan yang mengatakan tempat mendiang ditahan dicemari bakteria, serta lokap tiada akses kepada air bersih.



“Penganugerahan ganti rugi teruk ini bagi menghantar suatu mesej bahawa mahkamah membenci sikap acuh tak acuh dan kecuaian di pihak defendan,” tegas Lee.

Lee yang bersidang bersama Supang Lian dan Azhahari Kamal Ramli berkata ganti rugi teruk itu termasuk pampasan bagi penderitaan, dan menyerahkan penilaian ganti rugi kepada Mahkamah Tinggi.

Isteri mendiang iaitu V Santhi, 43, menuntut ganti rugi pada 2021 bagi pihak dirinya, dua anak mereka, dan harta suaminya. Bapa mertua si mati, P Vathian, 74, mentadbir harta mendiang secara bersama.

Thanabalan diisyihatkan meninggal dunia di hospital dua minggu selepas ditahan dan direman kerana disyaki terlibat dengan pertubuhan haram.



Santhi dan Vathian diwakili oleh M Visvanathan, R Karnan, dan V Sanjay Visvanathan selaku peguam; manakala kerajaan diwakili oleh Syakimah Ibrahim dan Ashraf Abdul Hamid.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker