Jawab dekat Tuhan nanti – Caprice

Jawab dekat Tuhan nanti – Caprice

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, berpesan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan-tuduhan tersebut sehingga kebenaran terbukti.

Ia susulan daripada tindakan Mondy Tatto yang pernah dibantu penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew, membuat pendedahan menerusi podcast khas kendalian Caprice menyebabkan ada pihak menuduhnya membayar Mondy untuk mereka-reka cerita.



“Kepada yang caci, maki dan tuduh kita bayar Mondy untuk reka cerita, Cap nak kau orang ‘screenshot’ (tangkap layar) komen-komen kau orang. Bingkai dan letak tepi ruang solat.

“Insya-Allah satu hari nanti bila mangsa-mangsa dapat keadilan, kau orang boleh baca balik komen masing-masing dan fikir balik nak jawab apa dekat Tuhan,” tulisnya di Instagram.

Walaupun ada pihak yang mengecam, namun ada yang bersetuju dengan tindakan Caprice membuat pendedahan berkaitan.

“Tak kena kat keluarga sendiri, kalau dah kena baru tahu. Banyak lagi orang tak tahu kes kat luar, memang banyak,” komen Adillasyarial.



“Insya-Allah dalam isu ni saya sokong awak selagi bersandarkan haq dan setakat ini tiada siapa pun berani. Semoga Allah beri awak kekuatan sampai akhir hayat, jauhkan daripada ujian riak dan sentiasa bagi awak jelas apa yang betul dan batil,” sokong Farrahadeeba.

Namun dalam masa sama, Caprice juga diminta untuk tidak mencampuri urusan orang lain dan hanya fokus kepada keluarganya sahaja.

“Sudahlah Cap. Tak payah masuk campur hal orang. Biar polis yang selesaikan hal-hal macam ni. Awak tu ada keluarga, anak bini lebih baik jaga betul-betul, didik dan bimbing dia orang sebaik mungkin,” saran Ameera_empire.

“Kalau betul dia salah sekali pun, kenapa perlu aibkan Cap? Kalau orang lain kacau hidup awak, apa awak rasa? Macam ni ke Islam ajar? Kalau betul peribadi tak payah post bagai, kau tak ada kerja lain ke?,” tanya Mr_akmal30. K Online



Jawab dekat Tuhan nanti – Caprice

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla



Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)



Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker