AFC beri ‘lampu hijau’ terima dana kerajaan negeri

KUALA LUMPUR: Kebergantungan pasukan yang masih mengharapkan dana kerajaan negeri disifatkan bukanlah satu keadaan ideal ketika Liga Malaysia (Liga M) memasuki era penswastaan pasukan bermula musim depan.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John bagaimanapun menjelaskan tindakan itu boleh ‘dimaafkan’ selepas mengambil kira situasi ekonomi semasa dan tempoh peralihan yang diperlukan dalam usaha penswastaan yang dilaksanakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Katanya, kemungkinan masih ada pasukan yang memerlukan bantuan ketika ini namun menegaskan setiap pasukan tidak seharusnya bergantung harap kepada dana kerajaan negeri untuk selama-lamanya.

“Penggunaan dana kerajaan negeri untuk bola sepak bukanlah satu keadaan yang terbaik kerana selepas penswastaan, pasukan perlu menjana pendapatan sendiri menerusi aktiviti bola sepak.

“Tetapi kita memahami kekangan yang timbul ketika ini, apatah lagi proses penswastaan ini adalah proses yang baru diterapkan. Dengan situasi semasa COVID-19 juga, pasukan berdepan kesukaran untuk menjana pendapatan daripada aktiviti bola sepak.

Jamal kurang setuju dengan TMJ

“Cuma apa yang penting pasukan perlu ada perancangan untuk jangka masa panjang bagi menjana pendapatan supaya tidak lagi perlu bergantung kepada dana kerajaan negeri semata-mata.

“AFC mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding dan buat sehabis baik. Jika mereka buat sehabis baik, pasti tiada pihak yang akan dipersalahkan,” katanya.

Terdahulu, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa masih terdapat pasukan Liga M yang masih bergantung kepada dana daripada kerajaan negeri.

Justeru, beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menganggap tindakan pasukan terbabit bermaksud mereka hanya berpura-pura dalam melaksanakan penswastaan.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menjelaskan tidak salah untuk kelab menerima suntikan dana daripada kerajaan negeri ketika masih dalam proses awal peralihan kepada penswastaan.

Justeru, beliau kurang bersetuju dengan kenyataan Tunku Ismail yang mendakwa bahawa penswastaan pasukan yang akan bermula musim depan hanya pura-pura.

 

Safawi menang Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-juara AFC

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker