Laku Keras…‘Sold Out’ Dalam Masa 2 Jam, Kacang Masin Malaysia Airlines Laris Diborong Rakyat Malaysia

‘Salted peanuts’ yang diberikan secara percuma bersama air jus oren ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines pasti menjadi kerinduan ramai. Tidak cukup satu, peminat kacang mesti akan setuju bahawa kacang Malaysia Airlines antara terbaik.

Terbaharu, Malaysia Airlines telah menawarkan kepada orang ramai untuk membeli kacang istimewa syarikat penerbangan tersebut. Hanya berharga RM15 dan anda akan mendapat 10 paket ‘salted peanuts’ dalam kotak yang direka khas.

Apa yang mengejutkan, kacang tersebut habis terjual dalam masa 2 jam sahaja. Tidak perlu risau, Malaysia Airlines akan ‘restock’ semula dan anda boleh dapatkan kelak.

Pihak Malaysia Airlines turut berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang membeli ‘Salted Peanuts’ ini. Jika sudah ‘restock’, adakah anda mahu membelinya?

Beli Kacang Di: Temptations Malaysia Airlines

Resepi kuah kacang terlajak viral

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker