MCA dan MIC rayu kerusi di P.Pinang, Chow kata tak bincang

GEORGE TOWN: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) belum memutuskan sama ada memperuntukkan kerusi untuk MCA serta MIC di Pulau Pinang bagi menghadapi PRN.

Ini disahkan Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang berkata permintaan untuk kerusi telah dibuat dua parti komponen BN itu. Namun, beliau tidak menyatakan kerusi yang diminta.

“Lebih baik jika majlis presiden BN dan PH yang mengulas isu ini kerana masih belum dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita.



Pada 30 Mei lalu, FMT melaporkan MIC berharap bertanding di Perai dan Seri Delima yang kini dipegang P Ramasamy serta Syerleena Abdul Rashid, kedua-duanya dari DAP.

Sementara itu, Chow yang juga ketua menteri berkata, beliau akan menemui Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak pada jam 8 pagi esok bagi mendapatkan perkenan membubarkan DUN.

Berhubung PRN Pulau Pinang, katanya beliau berpuas hati sekiranya gabungan PH-BN menang 32 daripada 40 kerusi DUN.

PH menang 37 daripada 40 kerusi dalam PRU14 pada 2018, manakala BN memperoleh dua kerusi dan PAS satu.



Sementara itu, Chow berkata PH Pulau Pinang bersedia berdepan “mana-mana parti atau individu” dalam pilihan raya susulan keputusan Muda untuk bertanding secara solo.

“Isu lebih besar berkait keputusan Muda – yang perlu ditangani di peringkat pusat – adalah Muda juga sebahagian daripada kerajaan perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan parti itu akan bertanding dalam PRN di enam negeri secara solo.

Ahli Parlimen Muar itu berkata partinya bersedia berdepan calon PH dan BN, rakan sekutunya dalam kerajaan perpaduan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker