Lima pesawat nyaris bertembung di landasan

Lima pesawat nyaris bertembung di landasan

WASHINGTON – Lima pesawat nyaris bertembung selepas sebuah pesawat Swiss Air mengalami kesilapan komunikasi, yang meletakkan kesemuanya di landasan sama secara serentak di Lapangan Terbang JFK, lapor akhbar New York Post semalam.

Juruterbang penerbangan Swiss Air ke Zurich yang dibenarkan berlepas pada 17 April lalu, segera menekan brek selepas menyedari kawalan trafik udara mengosongkan laluan untuk empat pesawat lain, lapor laman berita ABC 7.



Rakaman audio kokpit mendedahkan detik juruterbang yang mengendalikan pesawat berkenaan menolak untuk berlepas setelah melihat pesawat lain sedang bergerak di landasan sama.

“Swiss Air menolak untuk berlepas. Trafik (berada) di landasan,” balas juruterbang kepada pusat kawalan trafik udara.

Syarikat penerbangan itu memuji tindakan pantas kakitangannya yang membatalkan penerbangan dan mengelak tragedi yang berlaku di lapangan terbang New York itu.

“Disebabkan tahap kesedaran yang tinggi dan tindak balas pantas kru kapal kami, situasi yang berpotensi berbahaya dapat dielakkan dengan segera,” kata syarikat Swiss Air dalam satu kenyataan.



Pentadbiran Penerbangan Persekutuan sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian itu. K Online

Lima pesawat nyaris bertembung di landasan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker