Rindu sangat dengan abah – Syada Amzah

Rindu sangat dengan abah – Syada Amzah

Penyanyi, Syada Amzah menjelaskan surat terbuka yang ditujukan buat bapanya, ND Lala bukanlah provokasi tetapi sekadar melepaskan kerinduan terhadap bapanya itu.

Syada, 25, berkata, istilah membuang bapanya menerusi surat terbuka itu juga tidak timbul kerana biar apa pun terjadi, mereka adik-beradik tetap akan menyayangi ibu bapa mereka.



“Jika dia (bapa) membuat keputusan untuk kembali suatu hari nanti, kami akan tetap menerimanya. Apa sekali pun, dia tetap darah daging saya dan nama saya berbintikan namanya.

“Jadi, istilah buang bapa ini tidak timbul sama sekali. Tanpa ibu dan bapa, tidak wujudlah kami di dunia ini. Biar apa pun yang terjadi, pasti mereka tahu kami akan tetap sayang mereka.

“Mengenai surat terbuka yang dimuat naik buat bapa, saya sebenarnya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak sebaliknya luahan saya kepada bapa. Kalau nak cakap tidak dapat kawal emosi pun saya kurang pasti kerana itu apa yang saya rasakan ketika itu.

“Kami adik-beradik semuanya rapat dengan bapa dan selalu hari jadinya pasti diraikan bersama-sama. Apatah lagi, ulang tahun kelahiran bapa dan ibu hanya berjarak seminggu saja,” katanya.



Terdahulu, Syada atau nama sebenarnya, Nursyuhada Amir Amzah mendedahkan dia terpaksa menulis ‘surat terbuka’ di Instagram memandangkan bapanya itu tidak lagi berhubung dengannya.

Mengambil kesempatan merakamkan ucapan ulang tahun kelahiran ND Lala yang ke-62, Syada reda apabila bapanya itu meninggalkan keluarga dan memilih orang lain.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai keretakan rumah tangga pasangan ND Lala dan isterinya yang dikahwini sejak 1989, Fauziah Sarman.

Menerusi pendedahan yang dibuat oleh Fauziah sendiri, suaminya dipercayai sudah berkahwin lagi satu dengan wanita yang jauh lebih muda. HM



Rindu sangat dengan abah – Syada Amzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker