Ramai lagi MP PN sokong PM jika enggan runding

Ramai lagi MP PN sokong PM jika enggan runding

Pemerhati politik memberi amaran kegagalan Perikatan Nasional (PN) berunding mendapat peruntukan sama rata Ahli Parlimen akan menyebabkan lebih ramai wakilnya terutama dari Bersatu mengalih sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Felo Majlis Profesor Jeniri Amir berkata pimpinannya perlu bersikap realiti berdepan krisis lebih besar iaitu kehilangan kepercayaan Ahli Parlimen sendiri, berbanding menjuarai media sosial dengan mencipta naratif mahu menumbangkan kerajaan sebelum PRU16.



“Salah satu cara terbaik (untuk menghentikan tindakan mengalih sokongan) adalah membuka pintu rundingan dan bersedia untuk bertolak ansur.

“Itu sebaiknya-baiknya (berunding)… Saya tak faham mengapa PN berkeras tidak mahu berunding dengan kerajaan sedangkan kerajaan sedia untuk berunding,” katanya kepada FMT.

“Kalau ini tidak dikekang dengan pantas, tidak hairan kalau ada lagi akan mengalih sokongan.”

Kelmarin, Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan menyokong Anwar, disebabkan kecewa PN tidak berunding bagi mendapat peruntukan wakil rakyat pembangkang.



Wakil rakyat penggal kedua itu juga berkata beliau tidak diugut atau diberi tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan yang diumumkan secara terbuka pada sidang Dewan Rakyat.

Beliau mengikut jejak Azizi Abu Naim (Gua Musang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Zahari Kechik (Jeli) yang menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan, demi kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

Pada 3 Nov lalu, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan mengesahkan gabungan itu tidak meneruskan rundingan dengan wakil kerajaan mengenai peruntukan sama rata Ahli Parlimen pembangkang kerana mendakwa diminta menyatakan jaminan tertentu.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara juga bersetuju peralihan sokongan itu berkait dengan krisis kepimpinan yang dihadapi Bersatu ketika ini, bukannya atas sebab simpati dengan nasib pengundi mereka.



“Masalahnya kepimpinan Bersatu hilang arah tuju. Faktor peruntukan itu hanya nak menutup supaya tidak digelar Ahli Parlimen belot kepada parti,” katanya.

“Ia tidak akan terhenti dengan Bukit Gantang, mungkin ada satu dua lagi (sokong Anwar) terutama apabila Muhyiddin Yassin mengatakan kesanggupan untuk mempertahankan jawatan presiden.”

Jeniri pula berkata: “Sepatutnya perhimpunan Bersatu tempoh hari meyakinkan ahli tetapi apabila ada lagi wakil rakyat sokong kerajaan, ia beri gambaran berlaku ketidakyakinan berterusan dalam Bersatu sekali gus memberi tamparan hebat kepada Muhyiddin”. FMT

Ramai lagi MP PN sokong PM jika enggan runding



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker