Mak Wan mengaku tidak bersalah ludah bekas pembantu peribadi

Mak Wan mengaku tidak bersalah ludah bekas pembantu peribadi

TAIPING – Pelakon veteran, Mak Wan Latah dihadapkan ke Mahkamah Majistret sini hari ini atas pertuduhan meludah bekas pembantu peribadinya dalam kejadian di Batu Kurau, bulan lalu.

Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur’Atiqah Sapari.



Mengikut pertuduhan, Mak Wan dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau pada pukul 7 petang, 24 Jun 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khoo Thean Heng manakala tertuduh diwakili peguam, T. Selvadoray daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Majistret Nur’Atiqah membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 September 2022 untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan. K Online



Mak Wan mengaku tidak bersalah ludah bekas pembantu peribadi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker