Aliff, Sophia ‘dingin’ di lokasi

Aliff, Sophia ‘dingin’ di lokasi

Pengarah filem dan drama sensasi, Osman Ali tidak mengetahui situasi di lokasi penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah membabitkan dua pelakon utama, Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah yang dikatakan sudah ‘dingin’ dan tidak berkomunikasi lagi.

Ia berikutan, sumber memaklumkan dua pelakon yang membawa watak hero dan heroin itu didapati bekerja secara profesional untuk menyiapkan baki penggambaran babak mereka yang belum selesai, namun tidak lagi dilihat berkomunikasi dengan mesra seperti sebelum ini.



“Saya tak ada di set sekarang, di Langkawi. Balik kampung sekejap. Co-director (pengarah bersama) yang handle (urus) di sana. Saya tak tahu sebab ‘break’ (berehat) sekarang,” katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp.

Ditanya juga mengenai maklum balas drama itu selepas berlakunya kontroversi, Osman berkata, ia difahamkan mendapat sambutan baik daripada penonton termasuk di media sosial.

“Setakat ini sambutan baik. Respon (maklum balas) di media sosial pun Alhamdulillah Cuma, ‘actual’ (sebenarnya) rating dari TV3 saya belum dapat lagi.

“Mungkin ada pihak (penonton) yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong, masing-masing berhak untuk memilih. Apapun, saya yakin peminat Sophia dan Aliff, mereka tetap setia beri sokongan dan menonton drama ini dengan tolak ke tepi sebarang isu,” katanya.



Terdahulu, timbul kontroversi membabitkan Aliff dan Sophia sehingga tercetusnya isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Aliff dan isterinya, Bella Astillah yang hangat diperkatakan hingga tular di media sosial sebelum drama ini disiarkan di slot Akasia TV3 mulai 6 Februari lalu.

Selain Aliff dan Sophia, drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah membariskan pelakon lain seperti Shah Iskandar, Jasmin Suraya, Halim Radzi, Didi Astillah, Zaki Azeman dan ramai lagi. HM

Aliff, Sophia ‘dingin’ di lokasi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker