Raihan muat naik gambar bersama Ratu Elizabeth II
Raihan muat naik gambar bersama Ratu Elizabeth II
Kumpulan nasyid popular tanah air, Raihan berkongsi gambar mengimbas kisah bertemu Ratu Elizabeth II sewaktu kedatangan baginda di Malaysia suatu masa dahulu.
Menerui Instagram Raihan, kumpulan nasyid itu menceritakan pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk membuat persembahan di Edinburg.
“Raihan pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian pada mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Edinburgh.
“Gambar di atas adalah sewaktu Raihan menerima kunjungan Ratu Elizabeth II di Studio Synchrosound, Petaling Jaya,” katanya ringkas pada keterangan gambar tersebut.
Dalam pada itu, Raihan turut mengajak peminat untuk menghadiri konsert iaitu Garis Masa Concert Raihan yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 26 November depan.
“Kami akan bawakan banyak lagi kisah-kisah kami menuju ke Garis Masa Concert Raihan akan datang,” katanya.
Media melaporkan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun dan perkara tersebut disahkan oleh Istana Buckingham.
Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya, Elizabeth Alexandra Mary, menaiki takhta pada 6 Februari 1952 susulan kemangkatan ayahandanya, Raja George VI pada tarikh berkenaan.
Media Britain melaporkan baginda merupakan pemerintah paling lama monarki Britain selama 70 tahun 214 hari, telah mangkat di Istana Balmoral, Aberdeenshire, Scotland. K Online
Raihan muat naik gambar bersama Ratu Elizabeth II
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.