Bapa lapor polis dakwa guru pukul anaknya

Bapa lapor polis dakwa guru pukul anaknya

KUANTAN: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang murid perempuan Tahun 4 dipukul seorang guru lelaki sehingga mengalami kecederaan tisu lembut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata laporan polis yang dibuat bapa mangsa pada 9.59 malam Isnin lalu mendakwa guru lelaki berusia 50 tahun itu memukul belakang badan anaknya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan tangan dan pemeriksaan doktor di Hospital Bentong telah mengesahkan kecederaan akibat dipukul tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Bapa lapor polis dakwa guru pukul anaknya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker