Apa jadi program Komputer Rakyat 1Malaysia? – Najmil


Siapa ingat lagi Notebook 1Malaysia yang berikan percuma kepada rakyat?, soal Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, program Komputer Rakyat 1Malaysia itu dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2010 untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya golongan B40.

Jelas beliau, kerajaan Barisan Nasional sudah lama sedar tentang kepentingan celik teknologi maklumat (IT) dalam kalangan isi rumah B40.

“Walaupun pada ketika itu tiada lagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kerajaan tetap berusaha memberi komputer riba percuma kepada rakyat.

“Kini apakah usaha Kerajaan PN (Perikatan Nasional) membantu isi rumah B40 yang tidak memiliki kemudahan ini? Adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datik Seri Saifuddin Abdullah sedar tentang permasalahan ini?” soalnya di hantaran Facebook miliknya hari ini.

Najmil yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, kerajaan PN perlu sedar dan bangun daripada mimpi serta tidak perlu berpolitik sepanjang masa kalau rakyat sendiri yang susah.

Ujar beliau, sudahlah kerajaan PN lemah dan tidak punyai majoriti, tiada langsung usaha dilakukan untuk membantu rakyat khas meningkat kadar celik IT.

“Daripada membina dewan berharga RM35 juta dan membayar pampasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), lebih baik menyediakan komputer percuma untuk rakyat,” katanya. MG

https://mykmu.net/2017/06/24/lembayung-silaturrahim-1malaysia-asas-kejayaan-rakyat-dan-negara/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker