Covid-19 : 4275 kes baru hari ini dengan 7 kematian


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,275 kes baharu Covid-19 dengan 7 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 4,264 kes adalah penularan tempatan manakala 11 jangkitan di luar negara.

Status terkini COVID-19 setakat 23 Januari 2021

Jumlah kes sembuh baru: 4,313 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 137,019 kes (75.9 %)

Jumlah kes baharu COVID-19: 4,275 kes
Jumlah kumulatif kes baharu: 180,455 kes
Jumlah kes aktif: 42,769 kes

Kes tempatan: 4,264 kes (3131 WN, 1,133 BWN)
Kes import: 11 kes (8 WN, 3 BWN)

Jumlah kematian baru: 7 kes (7 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 667 kes (0.37 %)

Jumlah kes di ICU: 260 kes
Pesakit COVID-19 intubated: 103 kes

Kenyataan Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (23 Januari 2021)

Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 26 kes.

Manakala terdapat 193 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (138), Bintulu (10), Kuching (9), Dalat (9), Kapit (7), Sebauh (4), Kanowit (2), Selangau (2), Bau (1) dan Limbang (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 3,124 kes.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker