PM jamin Kerajaan Perpaduan akan segerakan ‘Projek Tebatan Banjir Sungai Golok’

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas Kelantan 21 Disember 2022.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir atau Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan 2 di Kelantan tanpa kos berlebihan.

Anwar berkata bagi tujuan tersebut projek PLSB akan dijalankan secara tender terhad untuk memastikan tidak ada kos berlebihan.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu segera hantar laporan berhubung PLSB Sungai Golok kepada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum tender dibuka.

Saya bagi jaminan MOF akan segerakan laluan pantas untuk meluluskan dengan syarat ia bukan rundingan terus untuk menjamin supaya kos tidak meningkat,” katanya.



Dia berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Tengku Panglima Raja di Pasir Mas, Kelantan hari ini.

Dalam lawatan itu, Anwar turut diberi taklimat mengenai situasi semasa banjir di Jajahan Pasir Mas oleh Ketua Jajahan Pasir Mas Hazmi Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha.

Turut hadir Menteri Besar Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, Anwar berkata dia telah meminta JPS dapat menghantar laporan mengenai projek PLSB Sungai Golok itu akhir bulan ini.



“Tetapi jadualnya saya tidak tahu, tetapi saya beritahu kalau boleh dipercepatkan supaya kalau boleh kelulusan di MOF disegerakan. Tetapi mungkin jadualnya bulan Januari kita bagi sedikit kelonggaran. Mesejnya ialah JPS perlu segerakan,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada peruntukan projek PLSB Sungai Golok Fasa 1 dan 2 akan dikurangkan kerana akan dilaksanakan secara secara tender terhad, Anwar berkata perkara tersebut bergantung kepada tender.

“Ia ikut tender, tidak boleh tender biasa kerana mengambil masa terlalu panjang, tidak boleh rundingan terus kerana kos itu meningkat dan saya masih melihat fail-fail rundingan terus semua ada masalah kos meningkat jadi lebih baik kita ada tender terhad dan proses itu boleh dipercepatkan,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker