Omicron berisiko cetus kesan ‘long Covid-19’ sehingga 30%

PETALING JAYA: Pesakit yang dijangkiti varian Omicron berisiko menghadapi risiko “long Covid-19” atau kesan kesihatan berpanjangan antara 20 hingga 30%, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau ketika menyuarakan kebimbangan itu berkata, Omicron memang dilaporkan kurang ganas berbanding varian lain seperti delta, tetapi varian dari Afrika Selatan itu mampu menjangkiti lebih ramai individu dalam tempoh singkat.

“Walaupun dilaporkan kurang keganasan (atau virulens), tetapi lebih ramai boleh dijangkiti dalam masa singkat.

“Mereka yang rentan lebih berisiko untuk masuk ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU). Walaupun tiada gejala atau mengalami gejala ringan, virus ini boleh sebabkan kesan long Covid-19 antara 20% hingga 30%,” katanya dipetik Berita Harian

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pengesanan varian Omicron pada 24 Nov lalu, dan kini ia turut dikesan di sekurang-kurangnya tujuh negeri, iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan 64 kes Omicron serta lima kluster membabitkan varian berkenaan, selain 35 kontak rapat di 12 daerah.

Omicron berisiko cetus kesan ‘long Covid-19’ sehingga 30%


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Omicron Mengganas, Amerika Syarikat Catat 525,763 Kes Sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker