MB Terengganu akhirnya muncul di Kemaman

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang “hilang” ketika rakyatnya berdepan bah besar, hari ini muncul di Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman untuk melawat mangsa banjir.

Kemunculannya hanya diketahui media menerusi siaran langsung di Facebooknya pada 12.15 tengah hari tadi.

Sebelum itu, warganet mempersoalkan kelibat menteri besar itu yang tidak kelihatan turun padang ke kawasan terjejas akibat banjir.

Dua hari lalu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat mengesahkan naib presiden PAS itu berada di New Zealand dan akan pulang pada hari itu.

Dalam pada itu, Ketua Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin membidas Samsuri selaku ketua kerajaan negeri tidak wajar “hilang” ketika rakyatnya bergelut dengan bencana banjir dan tindakan lambatnya menunjukkan beliau tidak prihatin dengan nasib rakyat kerana enggan pulang lebih awal.

Katanya, seorang “ayah” seharusnya bersama “anak-anak” yang sedang ditimpa musibah untuk memberi sokongan moral, bukan sekadar menghantar wakil untuk memantau.

Hari ini, Raja Kamarul dilaporkan berkata, mungkin menjadi “lembaran baharu” buat PAS jika Samsuri memohon maaf susulan “kehilangannya” ketika rakyat berdepan banjir kerana kerana pemimpin PAS terkenal dengan keegoannya dan tidak akan merendahkan martabat diri kepada sesiapa pun.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di seluruh Terengganu berkurangan kepada 25,895 orang setakat 8 pagi tadi berbanding 27,396 orang malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan 6,844 keluarga ditempatkan di 181 PPS di semua lapan daerah di negeri itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?

Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker