Pemuda separuh sedar, kaki tersepit rim motosikal

Keadaan mangsa yang ditemui dalam keadaan separuh sedar akibat kaki kanannya tersepit pada rim motosikal dalam kemalangan di KM14.1, Jambatan Kedua Pulau Pinang, petang tadi.

Pasukan bomba mengambil masa kurang lima minit untuk mengeluarkan kaki seorang pemuda yang tersepit pada rim tayar motosikal miliknya dalam kemalangan di Kilometer 14.1, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 21 tahun itu dilaporkan ditemui dalam keadaan separuh sedar apabila motosikal jenis Yamaha LC yang dia tunggang dikatakan menimpa kaki kanannya selain mengalami kecederaan pada muka.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Muhammad Syahir Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2.04 petang tadi dan bantuan penyelamatan turut melibatkan BBP Batu Kawan.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan jalan raya berlaku melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha LC dengan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda jenis Ford Ranger.



“Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC telah tersepit kaki pada rim setelah terhempap motosikal miliknya.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan dalam tempoh empat minit dan mangsa telah dibawa ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) manakala seorang lagi mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada kedua-dua belah kaki.

“Mangsa (penunggang motosikal kedua) berusia 21 tahun juga dibawa ke hospital menggunakan ambulans pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APAM),” katanya di sini, hari ini.

Beritahu beliau, operasi tersebut tamat pada pukul 2.55 petang tadi.



Dalam pada itu, kemalangan tersebut turut mengakibatkan kesesakan jalan raya di kedua-dua arah menghala ke pulau dan Batu Kawan petang tadi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker