Syamimia terus ‘diboikot’ hilang 400,000 pengikut dalam 5 hari

Jumlah pengikut terkini Syamimia di TikTok

Pempengaruh media sosial, Syamimia semakin hilang pengikut selepas tular pelbagai cerita mengaitkan dirinya sepanjang minggu ini.

Ini terbukti jelas apabila pengikut di TikToknya yang sebelum ini hampir 1.3 juta orang kini sudah menurun kepada 887,700 sekali gus memperlihatkan sekitar 400,000 orang sudah menekan butang ‘unfollow’, manakala di Instagram dia hilang 20,000 pengikut.

Tindakan netizen berbuat demikian susulan isu Syamimia enggan menggunakan pengaruh dan platform media sosialnya untuk menyebarkan kesederan mengenai pergolakan yang sedang berlaku di Palestin.

Syamimia menerusi satu video khas yang dikongsikan berkata, dia mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu itu di media sosial.



Video tersebut bagaimanapun dipadam selepas mendapat kritikan dan kecaman bertalu-talu netizen yang kurang bersetuju dengan penjelasannya itu.

Syamimia kemudiannya menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Isnin tampil memohon maaf secara terbuka berikutan penjelasannya yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak berpuas hati.

Selain isu Palestin, wanita itu juga menjadi mangsa kecaman netizen selepas mendedahkan dia hanya menempah khas pembalut serta logo jenama mewah, SMEG semata-mata untuk dipasang pada peti ais di rumahnya.

Terbaharu, Syamimia dikaitkan pula dengan hiasan patung Apollo yang dikatakan terdapat di ruang tamu dan bilik tidur pempengaruh terbabit.



Bagi mengelak daripada terus menjadi sasaran netizen, Syamimia mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen di media sosialnya agar tidak dapat diakses oleh sesiapa

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker