Kelam-kabut habis pemerintahan – Mat Sabu
SUASANA tidak harmoni antara parti-parti dalam Perikatan Nasional yang memerintah kerajaan ketika ini menjadi bahan sindiran pembangkang.
Presiden Parti Amanah Nasional Mohamad Sabu misalnya berkata, keadaan politik yang tidak stabil dalam Kerajaan Perikatan Nasional adalah akibat mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pakatan Harapan secara tidak demokratik.
“Inilah akibatnya kerana tidak menghormati demokrasi mandat rakyat sepatutnya tunggulah pilihan raya selepas lima tahun ataupun pihak pemerintah pada waktu itu membubarkan Parlimen.
“Tetapi mereka mengambil secara pintu belakang sekarang menjadi kelam kabut, kerajaan tidak stabil, perdana menteri ditawan, pelabur akan datang atau tidak, kelam-kabut politik Malaysia,” kata Mohamad.
Beliau mengulas percakaran politik yang berlaku antara parti UMNO dan PPBM yang membentuk kerjasama pemerintahan melalui Pakatan Nasional.
Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, rakyat perlu mempertahankan sistem demokrasi secara pilihan raya dan sistem Raja Berpelembangaan.
“Akibat kerajaan pintu belakang inilah yang dapat sekarang. Kelam-kabut habis pemerintahan. Hal judi ditambah
“Apa yang kelam-kabut sangat politik Malaysia sehari dua ini? What’s goes around comes around” kata Mohamad.
Bekas pemimpin Pas yang keluar parti dan menubuhkan parti baharu Amanah itu berkata, beberapa individu pernah berjumpa dengan beliau untuk memujuk menubuhkan kerajaan baharu.
Katanya, pihak terbabit tidak mahu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dan parti DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan. SM
Bekas pemimpin Pas yang keluar parti dan menubuhkan parti baharu Amanah itu berkata, beberapa individu pernah berjumpa dengan beliau untuk memujuk menubuhkan kerajaan baharu.
Katanya, pihak terbabit tidak mahu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dan parti DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan. Ini tidak memenuhi citarasa saya yang lebih rela bertuankan cina(DAP) atau menjadi barua nombor satu kepada DAP, sebab itu saya terpaksa menolak saranan menubuhkan kerajaan baharu itu.
Ada ramai pihak yang bercakap seolah2 ” lebih sudu dari kuah”. Kerajaan PN hari ini disokong oleh UMNO/BN sejak penubuhannya hanya kerana UMNO/BN tidak mahu pihak PH terutamanya parti DAP menjadi kerajaan, bukanya UMNO/BN nak sokong sangat parti PPBM ini. Sokongan ini akan berterusan sehinggalah parlimen dibubarkan. Itulah sebenarnya usul yang cuba diutarakan oleh UMNO ketika ini. Usul ini hanya akan terpakai ketika PRU 15 dan bukannya sekarang. UMNO akan bekerjasama dengan komponen BN, PAS, GPS dan lain2 parti minus PPBM dan PH pada PRU 15 nanti. Jadi tak perlulah kita nak kalut sangat. PRU 15 pun tidak kita tahu bila nak dibuat, entah sempat tahun ini atau mungkin tahun hadapan.