Kerajaan PN takut ‘budak’ ke, Syed Saddiq tanya selepas pendaftaran Muda ditolak
Adakah kerajaan Perikatan Nasional tidak begitu yakin dengan kekuatan penyokongnya hinggakan tidak berani berdepan parti yang dianggotai sekumpulan ‘budak’, tanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia secara rasmi menolak permohonan pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
Bekas menteri berusia 28 tahun itu berkata perdaftaran Muda ditolak meskipun sekian lama ahli politik yang dikatakan ‘lebih arif’ menepis beliau dan rakan seangkatannya sebagai ‘budak kecil’, ‘tak relevan’, dan ‘tidak penting’.
“Muda digerakkan orang muda, dan Muda untuk Malaysia. Ketara sekali pemerintah sekarang takut pada orang muda, yang kebanyakannya jenuh dengan cara mereka mentadbir negara dan tak setia pada mana-mana ahli politik tua,” katanya dalam kenyataan.
Syed Saddiq berkata orang muda sudah membuktikan mereka mampu merentas politik bagi menjayakan pindaan Perlembagaan yang membolehkan rakyat berusia 18 tahun untuk mengundi dan bertanding pilihan raya.
Mengatakan tiada sebab wajar untuk menghalang pendaftaran Muda, Syed Saddiq percaya ahli politik yang dikatakan ‘lebih arif’ itu sedar akan potensi mereka.
“Adakah mereka takut kita akan dapat melakukan apa yang mereka gagal, dan menyatukan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
Seorang aktivis Muda hari ini berkongsi tangkap layar email daripada “Pentadbir eROSES” dengan media, memaklumkan keputusan menolak permohonan daftar pertubuhan itu.
Emel itu bagaimanapun tidak memberikan sebab-sebab penolakan.
Muda dalam kenyataan kecewa dengan penolakan JPPM, mengatakan pihaknya sudah memberikan kerjasama dan mematuhi segala syarat untuk pendaftaran.
“Tiada sebab kukuh untuk JPPM menolak pendaftaran Muda. Kebebasan berpersatuan dan hak untuk mengambil bahagian dalam preoses demokratik negara adalah hak asas setiap warganegara Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan tetapi hak ini dinafikan kerajaan,” katanya. FMT
Kenapa salahkan kerajaan PN parti kamu tak diterima ROS. Sama seperti parti Atok madey, Pejuang takkan Ros nak buang masa membenarkan dua tiga orang ahli dijadikan parti politik berdaftar. Kira2 menyemak saja.